Final Exam,Please be Nice to me!!!!

Posted by Unknown at 8:50 PG

       Sekarang aku sedang melalui minggu-minggu final exam. Memang stress giler. Rasanya baru sekejap je belajar, sekarang dah exam dah. huhu. Aku masih belum bersedia sebenarnya. Ya Allah,berikanlah ketabahan pada diri ini untuk menjawab semua soalan dengan tenang.

 Dah la sekarang kolej takde air. Dah dekat seminggu. Naik lenguh tangan nak angkat air dari lori air kat bawah naik ketingkat lima. (manja betol) Yang lagi teruk akibat masalah air ni cafe kat kolej pun kena tutup. Adoi, dugaan btul dekat-dekat nak exam ni. Huhu.Takpe, ila sabar2. Bukan ko seorang yang tanggung masalah ini. Ramai lagi pelajar-pelajar yang senasib dengan kau. So,just be relax and cool. Jangan disebabkan masalah ni tidak boleh nak fokus dalam exam pulak.

  Alhamdulillah setakat ni dah dua paper berjaya diharungi iaitu pembangunan diri dan foundation english. Lusa pulak subjek yang paling menggerunkan the killer paper fonetik. Owh, asal aku rasa subjek ni susah sangat. Siapa kata ambil pengajian bm senang. Apapun, the next exam fonetik please la be nice to me. Jangan la keluar soalan-soalan yang susah sangat. Aku tak nak repeat paper weiii.

Selamat Datang 2012

Posted by Unknown at 9:58 PG
Selamat datang 2012 dan selamat tinggal segala memori suka duka 2011. Ermm,tahun baru bermakna aku semakin meningkat dewasa biarpun  baru sahaja menyambut ulangtahun ke- 20  baru-baru ni. Thats mean aku dah dewasa! Zaman kanak-kanak dah berlari jauh meninggalkan. So, fikiran juga haruslah jadi semakin matang. Aku sedar masa yang berlalu takkan berulang kembali

Jadi aku ingin memulakan perjalanan baru  hidup ini  dengan perkara-perkara yang menyenangkan. Harapanku semoga tahun 2012 mampu membawa sinar bahagia dan warna-warna pelangi dalam hidup setelah 2011 dilalui dengan penuh peristiwa yang menyakitkan.
 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei