Stay strong

Posted by Unknown at 10:05 PG

Dear myself,

Semoga Allah sentiasa memberi  kamu  ketabahan yang tiada henti untuk kamu lalui semua dugaan ini . Demi cita-cita dan masa depan, kuatkan semangat. Jangan mengalah. Berjuang ila. Fighting!!!!

Zaman Persekolahan yang kurindui :(

Posted by Unknown at 3:11 PG


    Tahun 2010 sudah berlari jauh meninggalkan kita. Namun itu tidak bermakna segala kenangan di zaman persekolahan dilontar jauh dari ingatan. Segalanya masih segar difikiran seolah baru semalam kita bersama. Sesungguhnya tahun 2010 menjadi penutup zaman persekolahan yang paling membahagiakan dan bermakna buat diri ini  biarpun terselit secebis kenangan  yang ingin dilupakan.

    Sahabat-sahabatku sekalian Bella, Nora, Amir, Bihah, Ayu, Sal, Maziah, Zira, Wana, Saiba, Pizie , Syara, Yani , Dayah, Intan dan sebahagian lagi nama yang tidak mampu aku sebut kesemuanya , ketahuilah memori bersama kalian sangat indah untuk dikenang sampai bila-bila. Pelbagai peristiwa pahit manis telah kita kongsi dan tempuh bersama. Kita bersama-sama berjuang untuk mencapai keputusan cemerlang dalam STPM.  Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. SMK Ayer Lanas telah menjadi saksi kepada sebuah ukhwah yang pernah terjalin antara kita semua. Kini kita semua terpisah membawa haluan masing-masing. Kerana ilmu kita bertemu dan kerana ilmu jugalah kita berpisah.

     Doaku semoga kalian berjaya dan bahagia dalam kehidupan masing-masing. Insya Allah satu hari jika masih ada umur yang panjang kita pasti bersua lagi ~

 Jauh dari mata, dekat dalam doa

Walau dimana kita berada kerana destinasi hidup kita yang berbeza ingatlah satu perkara persahabatan itu 
selamanya (^_^)













mendoakan kejayaan bersama












kenangan ponteng kelas sejarah. Wahai cikgu sukeriah, maafkanlah kami yang nakal ini. huhu





























 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei