![]() |
if i give you my heart, will you promise not to break it? |
Jaja dan Din~ a sweet love story

Jeng Jeng Jeng. Inilah dia my favourite novel hasil karya pengarang
kesayanganku Noor Suraya. Jap2, sebenarnya ada apa dengan cerita ni ye ?? Cover dia nampak
biase je, cam buku cerita kanak-kanak je. Tajuk pun tak komersial lansung. Jaja
dan Din. Ermm, tak glmour la. (macam la nama ila tu glamour sangat).Hehee. But,
please dont judge a book by its cover before you read it ok. Novel ini
simple tapi penuh dengan pengajaran yang sangat-sangat berguna dalam
mendidik diri menjadi seorang muslimah sejati yang lebih baik. Percayalah !!! Aku bagi 10 bintang kat novel ni.

Faiza Dr. Badrul Hisyam @ Jaja , heroin di dalam cerita ini dicipta begitu indah oleh pengarangnya. Jaja hanyalah seorang gadis biasa yang hidup dalam dunianya yang moden. Namun dia tidak hidup berlandaskan landasan agama yang sebenar. Dia tidak menutup aurat dan solat pun kadang-kadang buat dan kadang-kadang tinggal. Dia adalah seorang perempuan yang tidak pernah jatuh cinta sehinggalah kehadiran Din dalam hidupnya telah mengubah segalanya. Dia jatuh cinta pandang pertama pada Din , seorang ustaz sastera Arab lulusan Universiti Al-Azhar hanya setelah melihat sekeping gambar. Jaja ni merupakan seorang media planner, dia tertarik pada sekeping gambar seorang lelaki yang sedang bertafakur di depan kubur yang telah diambil secara kandid oleh seorang jurukamera di syarikatnya untuk tujuan pengiklanan. Disitulah dia mula berkenan pada ustaz tu dan memulakan misi pengembaraanya mencari lelaki misteri di dalam gambar itu. Kemudian, dia meluahkan hasrat hatinya kepada orang tuanya untuk meminang Din. Yang part ni memang kelakar. Siapa cakap perempuan tak boleh meminang lelaki ok. So, tidak adalah istilah perigi cari timba kan. Perigi nak kejar timba pun boleh. hehe. Sape cakap seorang ustaz ni hanya boleh kahwin dengan ustazah je. Habis kite perempuan biasa yang cetek ilmu agama ni tak sesuai ke dengan ustaz?? Keberanian Jaja ni memang aku respect. Yela kan biasanya orang perempuan ni kalau ada sukakan seseorang lelaki sekalipun lebih suka diamkan dan tunggu je. Tetapi Jaja ni dia lain dari yang lain. Dia tahu siapa yang dia inginkan dan dia berusaha.
Jaja dan Din bagaikan langit dan bumi yang hidup dalam dua dunia yang berbeza. Tetapi kerana cinta Jaja yang mendalam terhadap Din dan keikhlasan Din menerima Jaja seadanya dengan niat untuk membimbing isterinya menjadi seorang muslimah yang sejati telah menyatukan mereka dalam ikatan suci suami isteri. Jadi inilah yang dikatakan hidayah Allah ni datang dalam berbagai-bagai cara kan. Cinta Jaja kepada Din telah membawa dia kembali ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Din sebagai penunjuk jalan.
Selepas berkahwin Jaja kena hidup cara Din yang memang mengimpikan kehidupan yang zuhud dan hidup sederhana serta serba kekurangan. Sedangkan Jaja ni anak kepada pasangan doktor pakar yang sudah terbiasa hidup mewah. Tetapi Din sangat baik,sweet dan romantik. Tetapi romantik pun hanya dengan isteri dia si Jaja tu je. Nah, sape cakap kahwin dengan ustaz tu tak romantik. Banyak peristiwa sweet yang berlaku dalam alam perkahwinan mereka. Din ni walaupun dia tidak kaya harta benda tetapi dia sangat-sangat la kaya dengan kasih sayang. Setiap malam sebelum tidur dia akan bercerita kepada Jaja kisah-kisah nabi dan para pejuang islam yang terdahulu. So sweet!!! Setiap kali Jaja buat salah walaupun kesalahan tu besar dia tidak pernah memarahi Jaja tetapi sebaliknya menasihati Jaja secara hikmah dan berhemah. Jaja pulak seorang isteri yang taat dan tak banyak songeh. Kire cam isteri mithali la. Padahal sebelum berkahwin Jaja ni seorang yang gila-gila, banyak mengomel dan kelakar. Tetapi selepas berkahwin Din berjaya membentuk Jaja menjadi lebih matang. Kesabaran Din dalam mendidik Jaja sangat-sangat aku kagumi. Plezz, nak calon suami cam Din la!!!!
Kemudian, lepas tiga tahun kahwin Jaja pregnant. Din pula nak pergi berjihad
ke Afghanistan. Tapi die tunggu baby lahir dulu sebelum pergi berjuang. Kemudian mereka mendapat seorang baby boy yang diberi nama Umar. Selepas beberapa hari baby lahir, Din pergi berjihad. Jaja ikhlas dan merelakan
pemergian suaminya kerana dia tidak mahu menjadi penghalang pada
perjuangan murni Din terhadap agamanya. Yela sebelum kahwin lagi Din dah cakap kat Jaja yang dia ingin berjuang turun ke medan peperangan. Kemudian part yang paling sedih bila satu hari setelah lama menanti tanpa khabar berita dari Din, Jaja dapat berita Din ghaib di medan peperangan
tanpa dapat dikesan untuk pulang dan berkemungkinan mati
syahid kat sana. Of course kite sebagai pembaca dapat menyelami perasaan
sedih seorang isteri yang suaminya dikatakan gugur di medan perjungan. Sampai air
mata kite pun turut mngalir sekali. Terkesan di hati. Terasa kehilangan
watak Din. Dalam
masa itu jugalah Jaja tetap setia terhadap suaminya. Dia sabar
mendidik Umar menjadi lelaki sehebat Din, dan dia tidak teragak-agak untuk menolak lamaran lelaki lain yang
sedia menggantikan tempat Din. Namun, setelah beberapa tahun kemudian Din kembali tetapi dia sudah tidak seperti dulu kerana dua jarinya telah kudung akibat terkena bom. Namun Jaja tetap menerima Din seadanya.
I like this ending kerana akhirnya mereka bersatu kembali. Kisah Jaja dan Din ini mungkin bukanlah kisah cinta yang agung tetapi ianya juga bukanlah kisah cinta biasa. Ianya bukanlah hanya cinta kepada manusia semata-mata tetapi juga cinta kepada Allah. Banyak pengajaran yang dapat kite kutip dalam cerita ni. Biarpun sehebat manapun dugaan itu ianya pasti tidak melebihi kemampuan
kita dan bahagia itu bukan pada orang yang melihatnya tapi pada apa yang
kita rasa.
Langgan:
Catatan (Atom)