My Favourite Cartoons When I was a Little Girl

Posted by Unknown at 9:38 PTG




Mood sekarang tengah happy dan gelak sorang-sorang sebab baru je selesai tengok kartun Upin-Ipin yang memang sweet dan kelakar. Hiburan pada cuti hujung minggu sebab boring tak tahu nak wat apa. Nasib baik copy cerita ni dengan adik waktu cuti sem dulu dan bolehlah tengok untuk hilangkan stress dan kebosanan. Suka watak kembar upin ipin yang comel dan cute sangat.  Sebenarnya sejak dah makin meningkat usia matang ni aku dah jarang layan kartun sedangkan pada zaman hingusan dulu aku dan dunia kartun ni tak dapat dipisahkan. Itulah hiburan zaman kanak-kanak selain main masak-masak, main congkak ( yang dulu lubangnya digali sendiri oleh abang di bawah rumah arwah nenek, rumah kampung yang tinggi tiangnya dan waktu tu tak pakai guli tapi pakai  batu seremban, main jan-jan jala, main kosong-kosong lubang tikus dan pelbagai lagi pemainan zaman kanak-kanak yang memang enjoy dan awesome habis. Itulah dunia kanak-kanak yang memang indah dan riang. Seandainya kalau boleh diputarkan kembali masa itu, aku ingin kembali semula ke zaman kanak-kanakku yang penuh dengan kenangan yang membahagiakan. Zaman dimana takde masalah, tahu main, makan dan tidur je. Dibawah ni adalah top five kartun kegemaran dimana aku membesar dengan kartun-kartun ini yang banyak mengimbau nostalgia manis zaman kanak-kanak yang hanya datang sekali je dalam setiap kehidupan kita dan zaman itu tidak mungkin akan berulang lagi tetapi kenangannya akan tetap abadi dalam ingatan sampai bila-bila.


 1) sailarmoon 




Kartun ni merupakan antara my most fv cartoon time zaman bebudak dulu. Memang minat habis citer ni dan tak pernah boring menontonnya. Ceritanya berkisar tentang sekumpulan gadis remaja biasa yang bertukar menjadi cantik apabila mendapat kuasa untuk berjuang menegakkan kebenaran dan kejahatan. Actually dah tak ingat sangat cite ni coz dah lama sangat tak tengok tapi antara skrip dalam kartun ni yang masih diingati ialah " dengan kuasa bulan akan menghukummu". Kemudian pada last episod akan muncul watak lelaki yang bertopeng kononnya hero la dalam citer ni yang last-last akan tolong dorang untuk lawan kuasa jahat.

2) Anak-anak Sidek

 

Antara kartun melayu yang paling best juga dan rindu nak tengok kartun ni balik. Dulu masa zaman sekolah rendah selalu juga beli, baca  dan kumpul komik anak-anak sidek ni. Cerita kartun ni kononnyalah diceritakan oleh bulu tangkis, raket dan gelanggang yang mengisahkan tentang lima bersaudara iaitu Bun, Adul, Ajid, Aman, dan Alan yang merupakan legenda badminton negara.  Cerita mengenai zaman kanak -kanak dorang yang nakal dan sering dimarahi oleh abah mereka Haji Sidek yang mahukan diorang berjaya dalam sukan badminton dan Haji Sidek sendiri yang melatih anak-anaknya untuk mahir dalam sukan badminton ni. Suka sangat dengan  watak nakal Bun dalam citer ni yang ada saja idea nakal dia untuk menghuru-harakan keadaan dan membangkitkan kemarahan Haji Sidek. Tetapi tak suka dan menyampah dengan watak Ajid yang mengada-ngada dan kaki bodek. Cikit-cikit nak report kat abah dia mentang-mentang lah dia tu anak kesayangan abahnya. Poyo betol si Ajid ni. haha. Still dalam ingatan lagi masa zaman kecil-kecil dulu biasanya kartun ni kan main time Maghrib dan kiteorang adik beradik standby dan baring depan tv tunggu nak tengok kartun ni. Time ni pulak arwah abah baru balik dari kebun dan mulalah bising sebab anak-anaknya asyik terpaku depan tv tengok kartun dan tidak solat maghrib lagi. Kiteorang tunggu iklan dulu barulah semua berebut-rebut nak solat. Begitulah betapa komitednya seorang kanak-kanak ribena ni pada kartun kegemarannya. Kini semua tu hanya tinggal kenangan.


 3) Doraemon





 

Kartun ni pun aku suka tengok juga time kanak-kanak ribena dulu. Kartun ni berkisar tentang kisah seorang budak pemalas Nobita yang selalu dibantu oleh robot kucing yang bernama doraemon. Doraemon ni kononnya dikirim untuk menolong Nobita yang selalu diganggu oleh Giant dan kawannya yang  aku tak ingat nama apa. So, Nobita ni akan selalu minta tolong Doraemon untuk membantunya.  Doraemon ni pula akan tolong Nobita dengan guna peralatan-peralatan canggih dari poket ajaibnya. Tetapi nobita ni sering menyalah gunakan peralatan itu sehingga meyebabkan kesusahan kepada dirinya sendiri. Dulu masa zaman budak-budak yang tak matang lagi fikirannya pernahlah  berangan nak masuk dalam alam Doraemon yang penuh warna-warni dan boleh terbang ni. Sewel betol kalau ingat balik time tu :P  Suka juga pada watak girl dalam kartun ni , Sizuka yang comel dan lemah lembut . So sweet :)

4) Keluang Man


Lirik lagu Keluang Man-Krisya
Download lagu Keluang Man-Krisya-weblagu

Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya
Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara

Dialah satria
Biar pun di mana jua
Dia datang di kala malam tiba
Melakukan tugas mulia
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
Demi hidup aman sejahtera
Keluang man...keluang man...keluang man...


Suka sangat dengan lagu tema dalam kartun ni. Lagunya best sangat-sangat. Siap hafal lagi masa zaman dulu-dulu. Kartun Keluang Man ni kira ala-ala bat man versi Malaysia. Cerita ni mengenai watak superhero yang bersahaja dan gila-gila yang bernama Borhan yang menjadi Keluang Man dam kartun ni. Dia ni digambarkan sebagai seorang yang mengalami masalah mental dan dimasukkan di hospital sakit jiwa. Kat sana dia ada seorang  bestfriend yang bernama Tiong Man yang selalu membantunya dan mereka sering keluar lewat malam untuk membanteras kejahatan. Dieorang ni sering menewaskan penjahat ni sebelum polis tiba lagi. Thats why la agaknya Inspektor Sahab dalam citer ni selalu tak puas hati dengan Keluang Man sebab terror dan cekap sangat selesaikan kes jenayah ni. Tak boleh bla betol inspektor Sahab ni. hahaha ( gelak jahat) . Teringat juga tentang watak seorang wartawan yang bernama Khaty yang kepoh dan sering menjejaki siapakah hero misteri yang berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah ni. Tetibe je rase rindu pulak nak tengok kartun dan dengar lagu temanya sekali. Kartun ni kiranya antara animasi tempatan yang best dengan dialog dan skripnya yang begitu kelakar dan memang tak kering gusi menontonnya.

5) Usop Sontorian 






Last but not least sudah tentunya cerita kartun Usop Sontorian yang banyak mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak. Ceritanya berkisar mengenai kehidupan budak kampung yang pelbagai bangsa hidup dengan harmoni dalam sebuah kampung. Setiap bangsa yang ada kat Malaysia ni diterjemahkan dengan baik dalam kartun ni dan kira ni kartun satu Malaysia la walaupun idea satu Malaysia tu sendiri belum tercetus lagi time tu. Kisahnya mengenai Usop, Abu, Dol dan Singh  yang bersahabat baik dan yang bestnya pasal kartun ni ialah jalan ceritanya yang berkisar tentang aktiviti budak-budak kampung pada zaman tu. Contohnya main rakit, lastik burung, main meriam buluh, mandi sungai dan sebagainya. Memang terasa budak kampung punya kehidupan bila tengok kartun ni.





 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei