Bersyukur Seadanya :)

Posted by Unknown at 11:06 PTG


Dengan lafaz Bismillahiramanirahim,
Maaf bila  aku menaip entry dalam blog ini  dengan perasaan yang bercampur baur.  Sungguh aku benci dengan perasaan ini. Ya, aku sedar yang aku tidak sehebat dan sepandai mereka. Jauh jika dibandingkan dengan mereka, bezanya ibarat langit dengan bumi. Mereka sudah hampir tiba ke garisan penamat sedangkan aku baru bertatih, baru mencari rentak. Yang aku ada cumalah harapan, impian dan angan-angan. Arghhhhh, semua tu tak cukup ila jika tiada usaha, jika tiada semangat dalam diri untuk berjuang.

Kekadang sungguh aku  benci pada diri sendiri yang tidak kuat dan hanya tahu menyelesaikan masalah dengan menangis dan menangis walaupun aku sendiri tahu dan mengerti menangis tidak akan menyelesaikan masalah. Kekadang bila difikir dan direnung kembali aku banyak membazirkan air mata ini pada perkara yang sia-sia. Jarang sekali air mata ini mengalir kerana Allah. Ya Allah, kerasnya hati ini. Lembutkanlah ia agar bisa mencurahkan air mata keinsafan sebelum engkau hantarkan Izrail untuk menjemputku. 

Ya Allah,
ajari hambaMu ini untuk bersyukur di atas segala nikmat kebahagiaan dan kesedihan yang telah engkau kurniakan selama ini. Jadikan diri ini redha dan ikhas menjalani semua kisah hidup yang telah Engkau rencanakan kerana hambaMu ini percaya perancanganMu jua adalah yang terbaik untuk diri ini.


Wahai hati, 
janganlah kau menangis kerana tidak tercapai cita-cita kerana bukankah Tuhan telah menentukannya. Yakinlah setiap rezeki itu adalah pemberian Allah dan percayalah  Allah telah mengatur jalan hidup yang jauh lebih baik dari apa yang kita rancangkan. Jangan pernah berputus asa. Teruskan usaha dan jangan pernah jemu memohon darinya. Percayalah Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

 










 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei