Aku yang Tak Sempurna

Posted by Unknown at 6:51 PTG
Assalalamualaikum dan selamat petang :) 
Sudah lamanya rasanya tidak meluahkan sesuatu pada diari kecil ini. Lantaran tekanan masa dan assigment yang melambak-lambak menyebabkan sering kali tiada masa untuk mengupdate blog ini. Alangkah sibuknya hidup aku sejak akhir-akhr ini . Kadang-kadang fizikal penat, mindapun penat tetapi aku tidak boleh melayan kepenatan itu kerana dalam semester ini begitu banyak tugasan yang perlu aku selesaikan sehinggalah terbawa-bawa ke minggu study week.Orang lain sedang berjuang study untuk final exam tapi aku masih lagi bergelut dengan assigment yang tidak siap-siap. Paper yang pertama tinggal lebih kurang dua hari lagi namun aku masih belum bersedia sepenuhnya. Ya Allah , permudahkanlah jalan :) 




Bila semakin dekat exam ni masalah pula datang bertimpa-timpa. Aku juga seperti orang lain tahu makna stress dan penat. Teringat kata-kata seorang sepupu, kalau kita ada masalah jangan tunjukkan masalah kita pada orang lain. Jangan biarkan orang lain rasa terbeban dengan masalah kita. Jangan tagih simpati dari sesiapa pun. Allah bagi masalah pada kite untuk uji kita supaya kuat dan tabah. Tidak ada masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya.  Its ok jika tidak ada telinga yang sudi mendengar luahan perasaan ini dan tidak ada bahu untuk aku bersandar ketika lemah. Aku kuat untuk hadapinya sendiri walaupun kadang-kadang air mata yang terpaksa menjadi peneman setia. 

Kadang-kadang terasa gatal tangan untuk mengupdate status di twitter atau blog tetapi fikiran ini menghalang kerana laman sosial bukanlah medium yang terbaik untuk berkongsi setiap masalah kita. Setiap orang ada masalah tersendiri dan jangan tambahkan beban orang lain dengan masalah kita.   Biar segala masalah dan perasaan yang terbuku dihati aku simpan sendiri. 

Sometimes its better to be alone. No one can hurt you and i would never hurt anyone.  
Alangkah bagusnya jika arwah abah masih ada. Sungguh tidak tertanggung perasaan rindu ini  pada seorang ayah yang begitu penyayang dan memahami. Abah lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidup ini.  Dan adalah tidak mudah untuk mencari lelaki yang betul menyayangi dan menghargai kita sebagaimana sayangnya seorang ayah kepada anaknya.  

Untuk semua insan yang pernah aku sakiti beribu-ribu kemaafan dipohon kerana tidak mampu menjaga hati kalian  sebaik-baiknya. Aku bukannya malaikat yang boleh menerima segalanya tanpa rasa marah dan kecewa. Aku  juga manusia biasa yang kadang-kadang mempunyai tahap kesabaran yang sangat terhad. Maaf untuk semuanya :'( 




Yang benar
Aku yang tidak sempurna 

Review Novel David Copperfield

Posted by Unknown at 1:57 PTG


Di dalam novel klasik David Copperfield karya Charles Dickin yang berhalaman 881 muka surat ini dan mempunyai  64 bab ini aku mengambil masa yang cukup lama untuk menghabiskan novel ini kerana bahasa Inggerisnya yang klasik menyukarkanku untuk memahami isi kandungan novel ini.  Namun, akhirnya  aku berjaya juga  menghabiskan novel ini walaupun tidak seratus peratus isi kandungannya aku fahami. Teknik penceritaan di dalam novel ini telah menggunakan sudut pandangan orang pertama dimana watak utama dalam novel ini sendiri yang menceritakan kisah hidupnya.  David copperfield merupakan hero dalam cerita ini yang turut berperanan sebagai pencerita yang meggerakkan keseluruhan isi cerita novel ini. Pembaca turut  dibawa mengembara bersama-sama David menyaksikan kisah suka duka hidupnya dari zaman beliau dilahirkan sehinggalah menjadi seorang lelaki yang berjaya dan bahagia dalam hidupnya.

Pada pendapat aku novel ini mempunyai sisi manisnya yang tersendiri yang kadang-kadang turut membawa pembaca terbuai-buai  dengan watak utama dan sampingan dalam cerita ini yang mempunyai pelbagai ragam yang tersendiri. Hadirnya pelbagai watak dalam novel ini  kadang-kadang membuatkan aku terkeliru. Hal ini menyebabkan aku hanya mengingati   watak-watak  penting yang mempunyai hubungan yang rapat dengan David seperti Mrs Clara, Pegotty, Miss Betsey, Agnes, Mr Pegotty, Ham, James Streefoth, Tommy Traddles, Uriah Heep, Mr Wickfield, Dora , Mr Dick,Mr Murdstone dan Dr Strong.  Sesungguhnya watak-watak penting inilah yang mewarnai perjalanan cerita di dalam novel ini.  Aku begitu mengkagumi  semangat  juang watak utama dalam novel ini  David yang tabah mengharungi dugaan demi dugaan yang silih berganti dalam hidupnya.  Kita dapat menyelami perasaan anak yatim piatu seperti David yang bergelut mencari bahagia sebelum akhirnya menemui titik kebahagiaan dalam hidupnya di penghujung novel ini. Aku juga tersentuh dengan kasih sayang  yang ditunjukkan oleh Miss Betsey dan  Pegotty terhadap David. Tidak keterlaluan jika aku katakan  merekalah peransang utama disebalik kejayaan David. Miss Betsey  pada mulanya tidak dapat menerima hakikat kelahiran David apabila mengetahui Mrs Clara, ibu kepada David  melahirkan bayi lelaki dan bukannya bayi perempuan seperti yang didambakannya. Namun kehadiran David ke rumahnya pada satu hari yang berjaya menjejakinya telah membuka satu cerita baru yang bermakna dalam kehidupan mereka.  Miss Betsey satu-satunya saudara terdekat David yang masih hidup dan sanggup menerima David setelah pada saat kelahiran  David telah menafikan kewujudan David dalam hidupnya. Namum Miss Betsey belajar dari kesilapan dan ingin menebus kesilapannya yang mengabaikan David selama ini dengan menjaga David kembali dan membiayai persekolahan David. Begitu juga dengan kasih sayang luhur yang ditunjukkan oleh bekas pembantu keluarga  David, Pegotty  yang setia terhadap David walaupun sudah tidak berkerja dengan keluarga David lagi. Dia sangat menyayangi David dan banyak memberikan semangat dan kasih sayang kepada David lebih-lebih lagi dia telah menjaga David sejak David dilahirkan lagi.

Aku juga tertarik dengan tiga watak penting dalam novel ini yang menjadi penyeri kepada kisah cinta David iaitu  kemunculan watak seperti Emily, Dora dan Agnes yang telah membawa warna-warna ceria dalam hidup seorang David Copperfied. Emily merupakan cinta zaman kanak-kanak David dimana dia mula menyukai Emily ketika dia masih kanak-kanak sewaktu mengikut Pegotty balik ke kampung halamannya di Yarmouth. Emily ketika waktu kecilnya digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang cantik, pemalu , baik hati dan tabah dalam caranya yang tersendiri. Namun seiring dengan perubahan masa, perasaan David kepada Emily juga mula berubah dan ianya hanyalah sekadar  secebis kenangan zaman kanak-kanaknya. Emily kemudiannya apabila dewasa telah bertunang dengan abang angkatnya sendiri Ham Pegotty. Namun kehadiran sahabat baik David, James Steerfoth ke kampung Emily bersama David pada suatu hari telah membuatkan hati Emily terpaut pada Steerfoth dan sanggup meninggalkan Ham dan ayah angkatnya Mr Pegotty dengan lari bersama Sterfeoth ke luar negara  sedangkan Steerfoth hanya mempermain-mainkan Emily. Peristiwa ini  menyebabkan Emily sengsara dan menyesal atas tindakannya. Dora pula merupakan cinta pandang pertama David apabila dia mula  dewasa. David tertarik apabila saat pertama kali terlihat Dora. Namun Dora dalam novel ini digambarkan sebagai seorang yang tidak matang, keanak-anakan dan tidak cekap dalam menguruskan rumah tangga setelah berkahwin dengan David. Namun David tetap sabar melayani ketidakmatangan isterinya kerana kasihan kepada Dora yang telah kehilangan tempat bergantung setelah kematian ayahnya . Dialah suami dan dialah juga ayah kepada dora. Pertemuan David dengan Agnes pula berlansung secara tidak sengaja  apabila David belajar di sekolah Dr strong. Agnes dilihat sebagai seorang gadis yang bijak, matang dan sabar. Namun,  David lansung tidak tertarik padanya pada awal pertemuan mereka. David hanya menganggapnya sebagai adik  sedangkan Agnes sudah mula menyukai David namun memendam perasaanya kerana mengetahui David menyukai Dora. Selepas beberapa tahun kematian Dora barulah David menyedari perasaannya kepada Agnes dan melamar Agnes untuk berkahwin dengannya. Agnes banyak memberikan semangat kepada David untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Berbeza dengan Dora,  Agnes cekap dalam  menguruskan  rumah tangga menyebabkan David berasa bahagia hidup berumahtangga dimana dia tidak pernah merasainya ketika berkahwin dengan Dora.

Tidak lengkap rasanya di dalam sesebuah cerita itu seandainya tidak ada watak antagonis di dalamnya. Di dalam novel ini juga terdapat beberapa watak antagonis yang pastinya tidak disukai oleh pembaca. Antaranya ialah watak Mr Murdstone yang muncul secara tiba-tiba dalam hidup David apabila dia mengahwini ibu David, Mrs Clara. Perkahwinannya bersama ibu David turut membawa bersama kakaknya, Mrs Murdston masuk dan tinggal ke dalam rumah David. Kakak ipar ibunya itu gemar membuli David dan ibunya sesuka hati serta berlagak seperti tuan rumah. Kehadiran mereka berdua masuk ke dalam rumah itu telah membuka lembaran duka dalam hidup David sehinggakan ibunya sendiri yang sebelum ini begitu menyayanginya sudah tidak mampu untuk mempertahankannya lagi dan sanggup melihat David diperlakukan sesuka hati oleh kedua-dua beradik yang kejam itu. Akibat tidak tahan dengan ayah tirinya yang kejam itu David telah bertindak mengigit tangan ayah tirinya dan akibat dari perbuatannya dijadikan alasan untuk Mr Murdstone menyingkirkannya dari rumah itu dengan menghantar David ke sekolah berasrama di London, Salem House.  Selepas kematian ibunya, Mr Murdstone telah memaksa David untuk bekerja di kilang arak tetapi David berjaya melepaskan diri dan membuat keputusan menentukan jalan hidupnya sendiri bebas dari pengaruh ayah tirinya. Selain Mr Murdstone yang menjadi watak hitam dalam novel ini seorang lagi watak antagonis dalam cerita ini ialah watak Uriah Heep yang banyak membawa masalah kepada Agnes.   Uriah yang pada asalnya bekerja sebagai kerani di syarikat ayah Agnes, Mr Wickfield ingin dikenali sebagai seorang yang rendah diri tetapi sebaliknya mempunyai tipu muslihat untuk menjatuhkan Mr Wickfield dan merampas syarikat ayah Agnes. Dia telah mengambil kesempatan ke atas kelemahan ayah Agnes yang kaki minum sehingga mengugut ayah Agnes untuk melantiknya sebagai rakan kongsi di dalam syarikat itu.  Pada masa yang sama juga Uriah mengugut untuk mengahwini Agnes dan kerana tidak mahu syarikat ayahnya musnah dan reputasi ayahnya dijatuhkan oleh Uriah, Agnes sanggup bekorban dengan mengahwini Uriah walaupun dia tidak mencintai lelaki itu. Namun setiap kelakuan jahat itu pasti ada balasannya.  Setelah rahsia kejahatan Uriah terbongkar, dia akhirnya dimasukkan kedalam penjara.

Terdapat pelbagai nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel ini yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam kita mengharungi kehidupan seharian kita. Yang pertama ialah kesanggupan berkorban demi orang yang tersayang. Dalam kehidupan kita pastinya tidak terlepas dari melakukan pengorbanan demi pengorbanan untuk  melihat insan yang disayangi bahagia dan gembira dalam hidup.  Antara pengorbanan yang dapat dilihat dalam novel ini ialah pengorbanan Pegotty kepada David yang sanggup menyerahkan wang yang dimilikinya kepada David walaupun dia sendiri hidup susah semata-mata untuk  membantu David menemui nenek saudaranya dan memulakan hidup baru. Pengorbanan seterusnya yang dapat dilihat dalam novel ini ialah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Mr Pegotty kepaada anak angkatnya yang disayangi,  Emily dengan sanggup berkelana jauh mencari dan menyelamatkan Emily dari menjadi mangsa kejahatan Steerfoth. Begitu juga dengan pengorbanan Agnes yang sanggup bekorban perasaan  sayangnya kepada David demi melihat David bahagia bersama pilihan hatinya, Dora. Dia kemudiannya terus melakukan pengorbanan dalam hidupnya dengan sanggup mengahwini Uriah  demi menyelamatkan perniagaan ayahnya dari dimusnahkan oleh Uriah.

 Nilai kedua yang dapat dipelajari dalam novel ini ialah pentingnya sebuah pendidikan yang sempurna untuk menjamin masa depan yang gemilang.  Ilmu  sangat penting dalam hidup kerana hanya dengan ilmulah kita dapat mengubah taraf hidup kita menjadi manusia yang lebih baik dan dihormati oleh masyarakat.  Kesediaan Miss Betsey menghantar David  ke sekolah yang terbaik di London telah membuka ruang kepada David untuk mengejar cita-citanya yang ingin berjaya dalam hidup dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Nilai yang seterusnya yang terdapat dalam novel ini ialah nilai ketabahan dalam megharungi dugaan hidup.  Setiap insan yang bergelar manusia  pasti tidak terlepas dari menerima ujian dan dugaan dalam hidup. Setiap dugaan yang datang itu sebenarnya merupakan satu proses yang dapat mematangkan diri dan menjadikan kita lebih kuat dan cekal dalam hidup.  Contoh yang dapat dilihat dalam novel ini ialah  ketabahan Mrs  Clara membesarkan David sendirian setelah kematian suaminya dalam usia yang muda. Walaupun dilihat lemah, mudah berputus asa dan tidak bersemangat namun jauh di sudut hatinya tersimpan kekuatan dalaman. Dia tabah mengharungi saat-saat membesarkan David sendirian dalam hidupnya dengan bantuan Pegotty. Sehinggalah setelah dia berkahwin dengan Mr Murdstone ketabahannya terus teruji apabila sering dimarahi dan dibuli oleh suaminya dan kakak iparnya yang kejam.  Ketabahan David juga paling menonjol dalam cerita ini dari saat dia didera dan dibuli oleh ayah tirinya dan kemudiaanya terpaksa menerima hakikat kematian ibu tercinta yang menyebabkan dia menjadi anak yatim piatu dalam usia yang masih muda. Selain itu, David juga tabah meneruskan perjalanan hidupnya sehinggalah dia menemui nenek saudaranya, Miss Betsey yang kemudiannya dengan penuh kasih sayang sudi memeliharanya. Selain itu dapat juga dilihat ketabahan Tommy Traddles , Emily dan Ham yang membesar sebagai anak yatim piatu  di dalam novel ini. Ketabahan  Agnes yang berdepan dengan sikap ayahnya yang terlalu bergantung kepadanya dan sikap Uriah yang menjengkelkan turut dipaparkan dalam novel ini.

Kesimpulannya,  novel ini berakhir dengan pengakhiran yang cukup mengembirakan setelah watak utamanya David Copperfield mengharungi pelbagai dugaan dan onak duri dalam mengapai cita-citanya menjadi seorang penulis yang berjaya dan menemui kebahagiaan dalam hidup.  Secara keseluruhannya aku memandang karya Charles Dickin ini sebagai sebuah karya yang baik dan banyak memberi inspirasi  kepada pembaca. Novel ini banyak memaparkan realiti kehidupan  sebenar masyarakat dan adalah satu pengalaman yang indah  membacanya :) 


Dalam hidup ini

Posted by Unknown at 8:16 PTG
Dalam hidup ini : 
* Akan ada insan yang cuba mematahkan semangat kita
* Akan ada insan yang cuba menghalang perjalanan kita
* Akan ada insan yang tidak senang melihat kebahagiaan kita
* Akan ada insan yang tersenyum disaat melihat kita tersungkur

Namun, teruskanlah melangkah mencari kekuatan, jangan lemah dan bertabahlah ♥



 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei