Sehingga kehari ini sedar tak sedar dah tiga bulan aku menjejakkan kaki ke UKM. Dalam tempoh tiga bulan tu macam-macam peristiwa pahit dan manis yang telah aku lalui. Lagi lebih kurang seminggu aku akan berdepan dengan final exam. Perasaan berdebar tak payah cakap. Almaklumlah first time nak ambil exam kat sini. Cuak pun ada. Takpe, ila tenangkan hati. Insya Allah you can do it. Hehe.
So,secara keseluruhannya aku gembira berada kat sini. Alhamdulillah aku dapat kawan-kawan dan pensyarah yang begitu sporting dan serasi. Tetapi susah juga pada mula-mula untuk aku sesuaikan diri dengan gaya pembelajaran disini kerana pembelajarannya adalah berasaskan pelajar. Haissh, apalah kamu ni ila, nama lagi belajar kat universiti. Kamu bukan budak sekolah lagi yang dulu semuanya cikgu suap. Disini kamu kena pandai berdikari. Kamu kena pandai merancang strategi. Silap perhitungan kamu akan kencundang.
Ops,lupa nak beritahu kos yang aku belajar kat sini. Aku ambil Kos Pengajian Bahasa Melayu. Nampak cam senang kan?? Hakikatnya hanya kami yang belajar dalam bidang ni sahaja yang tahu Kos Pengajian Bahasa Melayu ini adalah tidak semudah yang disangka walaupun aku akui tidaklah sesukar kos engineering, akaun dan perubatan. 90 peratus adalah tidak sama dengan BM yang kita pelajari waktu sekolah dulu. Teori dan aplikasinya adalah berbeza. Yang sama hanyalah pada bahasanya. Dulu aku tak target pun untuk ambil kos BM kerana fokus aku adalah pada pilihan pertama dan kedua aku waktu aku isi borang UPU dulu. Aku letak kos BM pada pilihan yang ketiga dan aku main letak je sebenarnya. Aku target nak ambil bidang pendidikan pengajian Malaysia kt UPSI kerana aku minat subjek pengajian am dan hal kewarganegaraan serta pilihan kedua aku kos pendidikan sejarah. Namun apakan daya, aku sudah merancang dan berusaha tetapi Allah juga merancang untuk aku dan pastinya perancangan Allah jualah yang terbaik. Allah mengetahui segalanya yang terbaik buat aku. Tidak semua yang kita rancang akan berlaku seperti apa yang kita harapkan. Tiada rezeki aku untuk masuk dalam bidang pendidikan apabila aku gagal ujian MEDSI. Perasaan kecewa waktu tu Tuhan saja yang tahu. Seolah-olah hancur impian dan cita-cita aku untuk bergelar guru. Ma yang banyak beri semangat pada aku waktu tu walaupun aku tahu dia sedih kerana dia yang paling harap aku dapat jadi cikgu satu hari nanti. Ma cakap takpe belajar je dulu lepas ni. Selepas tu aku dapat tawaran belajar kat USM PENANG kerana aku lulus ujian MUNSYI. Aku confuse mula-mula tu untuk terima atau tolak tawaran USM tu. Akak aku cakap terima je coz USM pun ok. Tapi hati aku berat kerana aku bila sudah tak dapat UPSI aku target untuk belajar area KL dan Selangor sebab abang-abang aku ada kerja kat sana dan boleh tolong tengok-tengokkan aku. Kalau kat Penang aku takde sape2. Setelah pikir panjang dan berbincang dengan family akhirnya aku dengan berat hati menolak tawaran belajar di USM. Aku tunggu pula tawaran dari UKM ataupun UM dan apabila result UPU keluar aku dapat sambung belajar kt UKM dalam bidang bahasa dan linguistik. Mungkin ini rezeki aku. Ini bidang aku walaupun lari jauh dari matlamat dan perancangan aku yang sebenarnya. Aku cuba positifkan diri mungkin ada hikmah yang tersembunyi Tuhan tak bagi apa yang aku harapkan. Kadang-kadang dalam hidup ni benda yang paling kita naklah kita takkan dapat. Aku pujuk diri untuk bersyukur dan redha dengan rezeki yang aku dapat. Kat luar sana ramai lagi yang mempunyai cita-cita untuk sambung belajar ke menara gading dan aku insan yang terpilih sewajarnya aku bersyukur walau dalam bidang apapun aku diletakkan.
Mula-mula masa aku ditawarkan masuk dalam bidang ni kat UKM, ramai yang pandang sinis. Dia orang cakap kamu ni kan dah ambil Bm sejak zaman sekolah rendah lagi takkan tak pandai-pandai lagi bahasa Melayu. Aku hanya mampu tersenyum saat seorang hamba Allah tu cakap camtu. Mungkin mereka kira belajar bahasa Melayu ni setakat belajar mengeja, bina ayat dan buat karangan sahaja. Takpelah. Setiap orang berhak membuat penilaian masing-masing. Ada juga yang cakap aku dah silap kos. Nanti esok-esok kamu nak jadi apa?? Telinga aku hanya mampu mendengar tapi mulut ini tak mampu bersuara. Menjawab bukanlah cara yang aku pilih. Kadang-kadang mendiamkan diri adalah cara terbaik untuk menenangkan hati. Pedih!! Tapi takpe yang penting Tuhan ada. Aku akui walaupun aku minat bidang pengajian am, politik dan sejarah tetapi aku juga turut minat bidang bahasa. Ya, aku cintakan penulisan. Menulis adalah hobi aku pada masa lapang waktu persekolahan dulu. Aku banyak tulis cerpen dan buat skrip pada satu masa dulu disamping menulis kisah pahit manis kehidupan aku dalam diari kecil aku. Tetapi bila belajar kat UKM ni takde pun bidang penulisan yang aku minat dalam kursus aku. Yang aku belajar lebih pada rumus dan sistem-sistem bahasa dari sekecil2 fonem sehinggalah terbentuk menjadi ayat dan wacana. Susah memang susah. Sampai aku tak minat kursus fonetik, fonologi dan sintaksis kerana rumusnya susah untuk aku skor. Tapi dah alang-alang melangkah dalam bidang ini aku kuatkan hati dan cuba suburkan minat.
Mula-mula masa aku ditawarkan masuk dalam bidang ni kat UKM, ramai yang pandang sinis. Dia orang cakap kamu ni kan dah ambil Bm sejak zaman sekolah rendah lagi takkan tak pandai-pandai lagi bahasa Melayu. Aku hanya mampu tersenyum saat seorang hamba Allah tu cakap camtu. Mungkin mereka kira belajar bahasa Melayu ni setakat belajar mengeja, bina ayat dan buat karangan sahaja. Takpelah. Setiap orang berhak membuat penilaian masing-masing. Ada juga yang cakap aku dah silap kos. Nanti esok-esok kamu nak jadi apa?? Telinga aku hanya mampu mendengar tapi mulut ini tak mampu bersuara. Menjawab bukanlah cara yang aku pilih. Kadang-kadang mendiamkan diri adalah cara terbaik untuk menenangkan hati. Pedih!! Tapi takpe yang penting Tuhan ada. Aku akui walaupun aku minat bidang pengajian am, politik dan sejarah tetapi aku juga turut minat bidang bahasa. Ya, aku cintakan penulisan. Menulis adalah hobi aku pada masa lapang waktu persekolahan dulu. Aku banyak tulis cerpen dan buat skrip pada satu masa dulu disamping menulis kisah pahit manis kehidupan aku dalam diari kecil aku. Tetapi bila belajar kat UKM ni takde pun bidang penulisan yang aku minat dalam kursus aku. Yang aku belajar lebih pada rumus dan sistem-sistem bahasa dari sekecil2 fonem sehinggalah terbentuk menjadi ayat dan wacana. Susah memang susah. Sampai aku tak minat kursus fonetik, fonologi dan sintaksis kerana rumusnya susah untuk aku skor. Tapi dah alang-alang melangkah dalam bidang ini aku kuatkan hati dan cuba suburkan minat.
Hidup ini bukan untuk memuaskan hati semua orang dan yang penting aku dapat sambung belajar berbanding waktu aku dipaksa untuk ambil bidang sains masa waktu persekolahan dulu sedangkan jiwa dan raga aku bukan pada bidang itu. Jiwa aku tiada pada biologi, kimia, fizik, matematik dan seangkatan dengannya. Jadi bila dah tak ada minat tu faham-faham jelah belajar pun jadi main-main dan tak bersungguh dan itu menyebabkan result SPM aku untuk subjek-subjek sains memang teruk. Cukup-cukup makan je. Tetapi mungkin ada hikmah disebaliknya apabila lepas SPM aku sambung pengajian di tingkatan enam dan ambil STPM. Waktu itu baru aku temui dan rasa keseronokkan untuk belajar kerana belajar bidang yang aku minat. Tiada lagi subjek-subjek sains yang memeningkan kepala otak aku. Waktu STPM memang aku enjoy dan bersungguh belajar.
Aku akui walaupun aku tak sangka dapat kos BM kt sini tapi aku memang minat bidang bahasa ini sejak zaman sekolah rendah lagi. Dulu waktu zaman persekolahan sebenarnya aku lebih minat bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Tetapi tup -tup bila dah masuk universiti ni bahasa Melayu menjadi bidang aku. Hal ini disebabkan oleh exam Muet aku yang tidak comel tidak melayakkan aku untuk mengambil bidang bahasa Inggeris walaupun masa zaman persekolahan dulu subjek bahasa Inggeris aku selalu dapat skor A. Mungkin time exam muet tu aku banyak main-main. Tapi takpelah yang penting aku tetap belajar dalam bidang bahasa juga. Mungkin ada hikmahnya kenapa Tuhan meletakkan aku dalam bidang ini. Kalau bukan golongan seperti kami ambil bidang ini siapa lagi yang akan mempertahankan dan terus memperjuangkan bahasa Melayu ni sedangkan tempat yang aku belajar sekarang ni UKM sendiri ditubuhkan atas pengorbanan orang-orang terdahulu yang ingin melihat martabat bahasa Melayu terus dijulang biarpun terpaksa bergadai nyawa dan air mata darah. Asalkan bahasa Melayu ini tidak hilang dan terus dipertahankan oleh generasi sekarang dan juga yang akan datang. Namun dalam masa yang sama kita tetap juga mementingkan bahasa Inggeris untuk terus melangkah maju bersaing dalam dunia yang semakin mencabar ni.
Ya, memang benar kita mungkin berada dalam bidang yang berbeza, tetapi kita tetap mempunyai matlamat hidup yang sama iaitu ingin berjaya dalam bidang masing-masing. Oleh itu, percayalah bukan saja-saja Allah meletakkan kita dalam bidang yang tertentu melainkan Allah tahu kita akan memberikan sesuatu dalam bidang ini dan seterusnya membiakkan ilmu-ilmu yang baru dalam bidang yang kita ceburi. Jadi kalau nak cakap kos ni takde peluang kerja pada masa depan, aku hanya berpegang pada satu prinsip sahaja rezeki itu adalah ditangan Allah. Insya Allah selagi kita tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha rezeki itu ada dimana-mana. Insya Allah, dengan izin Allah semuanya pasti akan dipermudahkan pada masa depan asalkan kita tidak pernah berhenti berharap.
Apapun, setakat ni aku gembira berada kat UKM. Aku melalui kehidupan disini dengan tenang. Kesibukan dan cabaran dalam menyiapkan assigment, pembentangan,kuiz dan final exam aku anggap sebagai asam garam dalam kehidupan seorang pelajar. Pengalaman tiga bulan disini sedikit sebanyak mematangkan diri. Cuma kadang-kadang kalau homesick aku sedikit jadi tidak keruan. Biasa lah kan, pertama kali berjauhan dengan keluarga tersayang. Apapun, minggu depan aku dah nak exam. Semoga aku dapat jawab semua soalan dengan baik dan cemerlang.Amin.(^_^)
![]() |
program opkim mahasiswa bersatu di Taman Putra Kajang ketika bulan mesra pelajar Kolej Keris Mas |
![]() |
orientasi pusat |
![]() |
bersama rakan seperjuangan ~bersama memartabatkan bahasa Melayu~ |