Terima kasih ma kerana telah membesarkan orang selama 20 tahun. Maaf jika selama ini Noor Azila bukanlah anak yang baik. Luhurnya pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan tak terbalas rasanya. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Demi Allah, apa cara sekalipun aku sanggup lakukan demi seorang insan yang bergelar ibu. Sila sakiti dan guris perasaaan aku, tetapi jangan pernah sakiti hatinya kerana menyakiti perasaannya bermakna menyakiti perasaan aku juga. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati hidupnya.