Malang Tak Berbau

Posted by Unknown at 12:11 PTG









Salam Ramadhan yang kesepuluh. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bererti dan mampu mendidik diri menjadi muslim sejati yang lebih baik berbanding sebelumnya. Amin.

Well, sudah lama rasanya blog @ my little diary ini tidak diupdate semenjak pulang bercuti ke kampung. Almaklumlah busynya kite ni mengalahkan PM lagaknya. kih3. Paham- pahamlah kan  line internet kat kampung ni lajunya cam siput berjalan je. Itulah yang membuatkan kadang-kadang rasa malas sangat nak online.

Nak dijadikan cerita, hari tu sebelum start puasa aku sempat lah pergi berkhelah  kat  sebuah sungai di kampungku tercinta bersama rakan-rakan baik sejak sekolah rendah lagi iaitu, Tonah, Idah dan Yana. Memang hepi sangat jumpa dorang. Almaklumlah dah lama tak jumpa. Banyak benda yang dicerita dan dikongsi bersama. Cerita tentang zaman persekolahan dulu-dulu dan juga cite pasal kehidupan baru masing-masing. Dorang memang kelakar and I'm very happy with them. Rindunya aku pada persahabatan kami yang dulu. Tetapi yang tak bestnya baru je nak mandi-manda dan snap gambar  hujan dah turun. Terpaksalah kami berundur diri. Tapi yang paling  best sempat lagi merasa mandi hujan. Aku kan dah lama tak mandi hujan.HIHI.


Selepas balik dari berkhelah, malang tak berbau kaki ini digigit lipan. Aduh, pengalaman yang sungguh ngeri! Rasa tak boleh nak bayang sakit tu camner.  Dah la lipan tu boleh tahan besar, kaki dah mula membiru dan membengkak. Jalan pun terincut-incut. Nasib baiklah ada sepupu yang sebelah rumah baik hati tolong hantarkan ke hospital dan doktor bagi  tiga suntikan. Serius cakap aku tak takut lansung pada jarum suntikan tu. Kena suntik banyak-banyak pun takpe. Hihi. Sakit digigit lipan mengatasi segalanya. Malam tu memang tak boleh tidur lansung kaki asyik berdenyut je. Sakitnye Tuhan je yang tahu. Duduk tak kena, baring tak kena, berjalan apatah lagi. Lepas tu muntah-muntah banyak sangat. Badan pun dah rasa lemah-lemah dan panas-panas. Maybe demam kesan dari gigitan lipan ni + bermandikan hujan selepas balik berkhelah. Selepas tu aku demam beberapa hari. Kecian. SOBS  T_T

So, malang tu memang tak berbau kan. Kita memang takkan tahu bila dan dimana kemalangan@ musibah yang akan berlaku pada kite. Thats why kita mestilah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keselamatan diri dan keluarga walau dimana saja kita berada. Orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati. Apepun di bulan yang baik ini semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga hamba-hambaNya. Salam.  

 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei