Di KLCC :)

Posted by Unknown at 11:05 PTG












Selamat Tinggal UKM

Posted by Unknown at 10:28 PTG
Hari ini merupakan hari terakhir berada di bumi UKM dengan memegang status sebagai  junior. Lepas ni apabila kembali kembali semula ke UKM, aku  sudah pun menjadi senior kepada bakal-bakal junior yang hensem-hensem dan comel-comel semuanya. Cewwah, terasa  diri sedikit matang disitu. TAPI aku dah tak nak kembali ke UKM lagi. Boleh tak??? Haissh, tak boleh2x. Perjuangan masih belum selesai,ila. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah melangkah ke bumi UKM ini, kuatkan semangat, cekalkan hati, tabahkan diri untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki dua tahun sahaja lagi. Pejam celik pejam celik dua tahun itu sekejap sahaja(ayat untuk menyedapkan hati). 

Sem dua ini banyak masalah dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam meneruskan hidup sebagai pelajar disini. Dugaan hidup  betul-betul menguji kesabaran dan ketabahan diri. Tetapi apabila aku bersendirian dan cuba untuk bermusahabah diri kembali, aku percaya setiap ujian yang Allah berikan itu  adalah sebagai peringatan dan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya supaya sentiasa  mengingatinya dan dekat padaNya. Biasalah lumrah manusia kan. Selalu melupakan Yang Maha Pencipta bila dibuai bahagia dan kembali mengingatiNya bila dalam kedukaan dan kesusahan. Ya Allah, please forgive me. 

Setiap orang diberikan takdir hidup yang berbeza. Ada yang pada permulaanya bahagia dan pada akhirnya derita. Ada juga yang pada permulaanya sukar tetapi di hujung jalan ada kemanisan. So, tidak usah mengeluh sangat kan. Jalanilah hidup ini mengikut rencana yang telah Allah aturkan kerana perancangan Allah pastinya lebih baik dari perancangan kita sendiri. Cuti sem yang hampir tiga bulan ini aku ingin merehatkan diri, menenangkan hati, dan cuba untuk menganalisis kelemahan dan kekekurangan  yang ada pada diri ini supaya  aku boleh memperbaiki apa yang kurang dan cuba untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.  Moga Tuhan merestui dan menunjukkan jalan. 

Akhir sekali, maaf dipinta di atas segala kekurangan dan kelemahan diri ini yang mungkin pernah menyebabkan hidup kalian bermasalah. Akan aku cuba memperbaikinya. Sahabat-sahabat  tersayang, semoga kesilapan yang pernah kita lakukan itu mampu menjadi pengajaran berharga yang mampu mendewasakan kita semua. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Kita adalah sahabat sejati dan bukannya sahabat dijalanan. Suka duka kita tempuh bersama. Insya Allah. Semoga Tuhan merestui dan merahmati ikatan persahabatan kita sehingga ke Jannah.  Semoga bertemu lagi untuk sesi yang akan datang. Selamat bercuti dan jaga diri selalu !!!!! 







Kosong

Posted by Unknown at 4:12 PTG

Hai my little diary, hari ni final exam sudah berakhir. Perasaan aku sepatutnya lega dan gembira tapi tak tahu kenapa jauh disudut hati, rasa kosong sangat-sangat. Why, why, why??? Whatzzz happen to myself??? Nak kata gembira dapat pulang ke kampung pun tak juga. Sedangkan jika sebut pasal pulang ke kampung akulah yang selalunya  paling bersemangat dan bahagia sekali. Tiket  pulang ke kampung pun masih belum dicari.  Adoii,  nape ni rasa cam takde semangat pun untuk melakukan apa-apa. Wahai  encik semangat kemanakah  kamu menghilang.  Plezz, jangan bersembunyi ditempat yang saya tidak boleh jumpa kamu  T_T. Ya Allah, kenapa perasaan ini  berdebar dan gelisah sepanjang masa. Wahai hati, silalah tenang. Wahai minda, berhentilah memikirkan perkara yang bukan-bukan ok.





 

 Dear myself ,( nak bagi motivasi cikit kat diri sendiri ni) 
 Kita tidak akan pernah tahu dan mampu meramal masa depan kita. Kita juga tidak tahu bagaimanakah pengakhirannya hidup kita nanti. Pengakhiran itu Allah yang akan tentukan kelak. Jangan difikirkan sangat dan jalanilah hidup ini seperti biasa. Insya Allah semuanya pasti akan dipermudahkan. Berdoalah semoga pengakhiran yang telah Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk hidup kita. 

Sincerely
- saya yang tidak sempurna-

Puasa + Exam

Posted by Unknown at 8:11 PTG

Pertama,  nak ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua umat islam yang berpuasa hari ini sempena hari Iskraj Mikraj. Semoga mendapat pahala ibadat yang berlipat kaliganda. Insya Allah. Erm, Ramadhan pun dah nak hampir tiba kan. So, pada sesiapa yang belum melunaskan hutang puasa tu especially untuk kaum perempuan  bersegeralah ye. Cepat-cepat, jangan bertangguh lagi!!!!

Kedua, nak ucapkan selamat berjaya kepada diri sendiri dan semua rakan-rakan yang masih belum selesai menduduki final exam.Ya Allah, kuatkan semangat, berikan ketabahan dan kurniakan ketenangan fikiran  kepada kami semua , semoga kami semua mampu menjawabnya dengan baik. Amin.

Ketiga, pada masa ni aku tahu ada orang yang terdekat dengan aku sedang bersedih dan diuji dengan dugaan yang begitu berat. Sedih yang dia rasakan aku juga turut merasanya. Tetapi berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Ya Allah, berikan ketabahan kepadanya kerana aku   percaya dia insan hebat yang tidak akan mudah mengalah dan menyerah dengan dugaan ini. Bertahanlah dan teruslah bertabah. Insya Allah selepas ini semuanya pasti akan baik-baik sahaja. 

Ok, tak sempat nak berceloteh panjang kali ini sebab masa sangat-sangat mencemburui . Apapun aku ada exam pagi-pagi lagi esok. Wish me luck ye. Paper Morfologi , please be nice to me ye!!!  Wink-wink!!!  K,bye. Salam :)  

Untuk kalian

Posted by Unknown at 9:45 PG

Ada sesuatu hal yang tidak mampu kita luahkan secara berdepan. Semoga masih belum terlambat untuk aku mengucapkan terima kasih kepada insan-insan disekeliling yang banyak memberi sokongan dan dorongan  kepada diri ini. Tanpa kalian aku tidak akan sekuat dan segembira ini. Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi kalian seperti mana Dia sentiasa menjaga dan  melindungi diri ini. 

untuk arwah abah yang penyayang
Terima kasih abah atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang pernah dicurahkan. Terima kasih Tuhan kerana pernah meminjamkan seorang ayah yang begitu mulia dan luhur kasih sayangnya walaupun hanya untuk sementara. Kenangan membesar bersama abah adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup ini. Bila kita tidak lagi bertemu di alam yang nyata, biarlah doa menjadi penghubung ikatan yang terbaik buat kita. Semoga kita dipertemukan kembali di alam sana. 

Untuk ma yang banyak berkorban
Terima kasih ma, insan yang paling banyak berkorban untuk kebahagiaan dan kesenanganku selama ini. Ya Allah, panjangkan usia ibuku semoga diri ini masih sempat menabur bakti kepadanya. Maaf diatas segala keterlanjuran kata-kata, sikap tidak peduli dan tidak tahu menghargai seorang anak selama ini. Tiada kasih yang abadi melainkan kasih sejati seorang ibu. Moga syurgalah buatmu ibu .

Untuk abang-abangku yang selalu melindungi
Terima kasih  untuk abang-abangku kerana menjadi pengganti arwah abah, sentiasa menjaga dan melindungi diri ini . Selalu mengambil berat dan selalu menegur diri ini. 

Untuk kakak-kakakku  yang penuh pengertian
Terima kasih juga untuk kakak-kakakku yang banyak menabur jasa dan berkorban demi kebahagian adik-adik. Bertabahlah kakakku dalam mengharungi ujian hidup yang tidak pernah surut ini kerana Allah tidak akan menguji dirimu melainkan Allah tahu engkau cukup kuat untuk menghadapinya. Percayalah disebalik kepahitan pasti ada kemanisan yang tersembunyi. 

Untuk adik-adik yang selalu menceriakan
Terima kasih untuk adik-adik tersayang yang selalu membuatkan hidup ini ceria. Teman bergaduh dan bergurau yang tebaik. Kita banyak berkongsi cerita, harapan dan impian bersama. Semoga kalian berjaya dan bahagia dalam hidup.

Untuk abang-abang ipar dan kakak ipar yang baik hati
Walaupun kita bukan dari daging yang sama tapi kita punya ikatan kekeluargaan yang erat. Terima kasih kerana memberikan layanan baik seorang abang dan seorang kakak sehinggakan terasa kita bagaikan  satu keluarga yang sudah cukup  lama mengenali. 

Untuk anak-anak  buah yang selalu menghiburkan
Untuk anak-anak saudaraku yang comel yang selalu menghiburkan hati  yang lara ini dengan keletah dan ragam kalian yang nakal. Kalian adalah insan yang paling dirindukan bila berjauhan. Semoga membesar menjadi putera dan puteri yang berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Untuk dia yang sentiasa memahami 
Tanpa perlu bertentang mata, hati terasa dekat selalu. Terima kasih  kerana selalu menjadi kaunselor saya, memberikan semangat dan keyakinan pada diri ini setiap kali saya hampir-hampir berputus asa. Terima kasih kerana telah menceriakan hari-hari saya. 

Untuk teman-teman yang selalu menggembirakan
khas untuk teman-teman seperjuangan di Sk Kalai, Smk Batu Melintang , Smk Ayer Lanas, Ukm,  dan tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan di PLKN Batu Jong. Pelbagai kenangan yang telah kita lakarkan bersama diwarnai dengan gurauan dan usikan, dihiasi dengan gelak tawa dan senyuman. 
Terima kasih kalian  kerana telah membawa warna-warna pelangi dalam hidup ini.

untuk saudara mara yang prihatin 
untuk sedara mara yang dekat dan jauh yang selalu ada  dan memberikan pertolongan bila memerlukan, terima kasih.

 Untuk guru dan pensyarah yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman
Terima kasih untuk guru-guru dan pensyarah yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.  Halalkan segala ilmu yang pernah diberikan . Semoga ilmu yang pernah dipelajari mampu dimanfaatkan suatu hari nanti. 

Untuk kalian yang pernah melukakan hati ini
Disebalik kepahitan yang pernah kalian berikan aku temui kemanisan dipenghujungnya. Terima kasih  kalian kerana telah memberikan hati baru pada diri ini. Hati yang kini lebih kuat, tabah dan cekal dari sebelumnya. Selamat berbahagia kalian .


Final Exam, Semoga Berjaya

Posted by Unknown at 9:46 PTG

selamat berjaya buat diri sendiri dan semua kawan-kawan yang tersayang. Fighting!!!!


Exam week beginning!!!

When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up and not study for our exam.
REMEMBER THIS 2 VERSES :

#1 - Allah doesn't burden up with things we can't bear (2:286)
#2 - Verily with energy difficulty, there is relief (94:6)~
CREDIT TO: FACEBOOK PAKAR DIARI HATI 

Sahabatku Sayang

Posted by Unknown at 11:44 PG
Salam dan selamat pagi.....

BORING + BOSAN +  SUNYI

Adoiii, boring giler ni. Bila la my roomate and  my friend nak datang balik ke ukm ni. Aku tak suka tinggal sorang-sorang. Semua kena buat sorang-sorang. Makan sorang2, study sorang2 , bercakap pun sorang-sorang (yang ni dah parah tahap gaban cam orang tak betul) >.<  Ma, nak balik!!!!! Sabar ila sabar lagi tiga minggu je lagi. Ok, stop merapu. Be serious!!!! 

Soalan pada diri sendiri:
ila, kamu tahu tak maksud sahabat itu apa?
 Ok, aku cuba  jawab ya sahabat itu ertinya orang yang tidak pernah melukakan hati kita. Betol tak???
 Jawapan kamu sangat-sangat SALAH.
 Kenapa, kenapa, kenapa?????????????
 KERANA Kalau sahabat itu ertinya orang yang tidak pernah melukakan hati kamu bererti sampai bila-bila pun kamu tidak akan pernah punya sahabat. 

Ya, maafkan aku.  Aku khilaf dalam mentafsir makna sahabat yang sebenar-benarnya. Aku hanya mengambil kira tentang perasaan aku yang pernah dikhianati dan dilukai sahaja tanpa pernah memikirkan tentang perasaan sahabat aku yang mungkin hatinya pernah aku sakiti. Sesungguhnya akulah insan yang mementingkan diri sendiri.

Ya,
Aku akui yang dulu pada masa lalu, aku faham apa itu maksud sahabat. Dahulu aku pernah mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu aku memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan aku, segala rasa kekecewaan dan ketakutan. Harapan dan impian ini juga aku luahkan padanya. Dialah yang selalu memberi aku jalan bila-bila aku pernah bedepan dengan masalah. Kerana kami sahabat baik pada ketika itu kami saling berkongsi rasa dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Dan pada satu hari disebabkan oleh satu perkara hubungan kami menjadi semakin dingin dan menyepi.

Dan sejak hari itu kami menjadi bagaikan orang asing yang tidak pernah mengenali.  Dia pergi meninggalkan aku tanpa pesan tanpa berita. Kami sudah tidak saling berhubung,  lansung terputus segalanya.  Dan sejak hari itu juga aku sudah  hilang percaya untuk berkongsi kemanisan persahabatan ini lagi.   Maafkan aku, aku tidak sempurna. Maafkan aku kerana terlalu jahil dalam menilai erti persahabatan yang sebenarnya. Semoga bila Tuhan masih mengizinkan, kita masih diberi kesempatan untuk saling bertemu dan bersua. Semoga Tuhan sentiasa menjaga kamu sahabatku sayang.



i miss you friend.....

How Can I Forget All That

Posted by Unknown at 10:31 PTG
you were there to light my day

you were there to guide me through

from my days down and on

i'll never stop thinking of you



how can i forget all that

when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine



never will forget the day

how we've met and came this far

we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do




            




MiNGGu STuDY WeeK !!!!

Posted by Unknown at 12:13 PTG
    Fuh,cepatnya masa berjalan kan??? Minggu ni dah masuk minggu study week pun. Lagi lebih kurang seminggu dari sekarang akan berdepan dengan final exam pulak.Ramai pelajar yang ambil kesempatan pada minggu study week ini untuk pulang ke rumah dan kampung halaman masing-masing termasuklah aku. Aku sempat pulang ke kampung halaman tercinta nun jauh di Kelantan selama lima hari. Nak balik ambil semangat dan mohon restu dari  keluarga supaya dapat jawab exam ni dengan tenang .  HEHE. Boleh caye ke???? Propa je lebih sebenarnya.Sebenarnya  aku balik sebab dah homesick sangat-sangat. Balik kampung tu tak study sangat pun. Makan, tidur, tengok tv  dan jalan-jalan je .Tu je kerjanya. Tak sedar diri dah nak exam : P . Aku try juga nak study kat umah tapi ada je gangguan. Baru je nak buka buku  sikit datanglah terkedek-kedek anak buah aku yang tiga orang tu mari nak bermanja pulak. Adoyaii.." Mak teh, nak dengar cerita. nak dengar cerita puteri dengan barbie. " Alahai, macam lah mak teh dieorang ni pandai bercerita. Layan jela kan kerenah dieorang. Nanti kalau tak layan merajuk pulak. Nama lagi budak-budak.Hehe.  Sekarang dah pun berada di bumi UKM yang tercinta.So, dah takde alasan lagi untuk tak nak study dan ada gangguan luar ye ILA..



*  Jeng... Jeng.. Jeng...  Semoga dalam sisa masa yang masih ada kita semua  masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk struggle for our exam. Semoga kejayaaan menjadi milik kita semua. Insyaallah.
untuk saya, untuk dia dan untuk kamu 

 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei