Hari ini merupakan hari terakhir berada di bumi UKM dengan memegang status sebagai junior. Lepas ni apabila kembali kembali semula ke UKM, aku sudah pun menjadi senior kepada bakal-bakal junior yang hensem-hensem dan comel-comel semuanya. Cewwah, terasa diri sedikit matang disitu. TAPI aku dah tak nak kembali ke UKM lagi. Boleh tak??? Haissh, tak boleh2x. Perjuangan masih belum selesai,ila. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah melangkah ke bumi UKM ini, kuatkan semangat, cekalkan hati, tabahkan diri untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki dua tahun sahaja lagi. Pejam celik pejam celik dua tahun itu sekejap sahaja(ayat untuk menyedapkan hati).
Sem dua ini banyak masalah dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam meneruskan hidup sebagai pelajar disini. Dugaan hidup betul-betul menguji kesabaran dan ketabahan diri. Tetapi apabila aku bersendirian dan cuba untuk bermusahabah diri kembali, aku percaya setiap ujian yang Allah berikan itu adalah sebagai peringatan dan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya supaya sentiasa mengingatinya dan dekat padaNya. Biasalah lumrah manusia kan. Selalu melupakan Yang Maha Pencipta bila dibuai bahagia dan kembali mengingatiNya bila dalam kedukaan dan kesusahan. Ya Allah, please forgive me.
Setiap orang diberikan takdir hidup yang berbeza. Ada yang pada permulaanya bahagia dan pada akhirnya derita. Ada juga yang pada permulaanya sukar tetapi di hujung jalan ada kemanisan. So, tidak usah mengeluh sangat kan. Jalanilah hidup ini mengikut rencana yang telah Allah aturkan kerana perancangan Allah pastinya lebih baik dari perancangan kita sendiri. Cuti sem yang hampir tiga bulan ini aku ingin merehatkan diri, menenangkan hati, dan cuba untuk menganalisis kelemahan dan kekekurangan yang ada pada diri ini supaya aku boleh memperbaiki apa yang kurang dan cuba untuk merubah diri ke arah yang lebih baik. Moga Tuhan merestui dan menunjukkan jalan.
Akhir sekali, maaf dipinta di atas segala kekurangan dan kelemahan diri ini yang mungkin pernah menyebabkan hidup kalian bermasalah. Akan aku cuba memperbaikinya. Sahabat-sahabat tersayang, semoga kesilapan yang pernah kita lakukan itu mampu menjadi pengajaran berharga yang mampu mendewasakan kita semua. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Kita adalah sahabat sejati dan bukannya sahabat dijalanan. Suka duka kita tempuh bersama. Insya Allah. Semoga Tuhan merestui dan merahmati ikatan persahabatan kita sehingga ke Jannah. Semoga bertemu lagi untuk sesi yang akan datang. Selamat bercuti dan jaga diri selalu !!!!!