My Favourite Cartoons When I was a Little Girl

Posted by Unknown at 9:38 PTG




Mood sekarang tengah happy dan gelak sorang-sorang sebab baru je selesai tengok kartun Upin-Ipin yang memang sweet dan kelakar. Hiburan pada cuti hujung minggu sebab boring tak tahu nak wat apa. Nasib baik copy cerita ni dengan adik waktu cuti sem dulu dan bolehlah tengok untuk hilangkan stress dan kebosanan. Suka watak kembar upin ipin yang comel dan cute sangat.  Sebenarnya sejak dah makin meningkat usia matang ni aku dah jarang layan kartun sedangkan pada zaman hingusan dulu aku dan dunia kartun ni tak dapat dipisahkan. Itulah hiburan zaman kanak-kanak selain main masak-masak, main congkak ( yang dulu lubangnya digali sendiri oleh abang di bawah rumah arwah nenek, rumah kampung yang tinggi tiangnya dan waktu tu tak pakai guli tapi pakai  batu seremban, main jan-jan jala, main kosong-kosong lubang tikus dan pelbagai lagi pemainan zaman kanak-kanak yang memang enjoy dan awesome habis. Itulah dunia kanak-kanak yang memang indah dan riang. Seandainya kalau boleh diputarkan kembali masa itu, aku ingin kembali semula ke zaman kanak-kanakku yang penuh dengan kenangan yang membahagiakan. Zaman dimana takde masalah, tahu main, makan dan tidur je. Dibawah ni adalah top five kartun kegemaran dimana aku membesar dengan kartun-kartun ini yang banyak mengimbau nostalgia manis zaman kanak-kanak yang hanya datang sekali je dalam setiap kehidupan kita dan zaman itu tidak mungkin akan berulang lagi tetapi kenangannya akan tetap abadi dalam ingatan sampai bila-bila.


 1) sailarmoon 




Kartun ni merupakan antara my most fv cartoon time zaman bebudak dulu. Memang minat habis citer ni dan tak pernah boring menontonnya. Ceritanya berkisar tentang sekumpulan gadis remaja biasa yang bertukar menjadi cantik apabila mendapat kuasa untuk berjuang menegakkan kebenaran dan kejahatan. Actually dah tak ingat sangat cite ni coz dah lama sangat tak tengok tapi antara skrip dalam kartun ni yang masih diingati ialah " dengan kuasa bulan akan menghukummu". Kemudian pada last episod akan muncul watak lelaki yang bertopeng kononnya hero la dalam citer ni yang last-last akan tolong dorang untuk lawan kuasa jahat.

2) Anak-anak Sidek

 

Antara kartun melayu yang paling best juga dan rindu nak tengok kartun ni balik. Dulu masa zaman sekolah rendah selalu juga beli, baca  dan kumpul komik anak-anak sidek ni. Cerita kartun ni kononnyalah diceritakan oleh bulu tangkis, raket dan gelanggang yang mengisahkan tentang lima bersaudara iaitu Bun, Adul, Ajid, Aman, dan Alan yang merupakan legenda badminton negara.  Cerita mengenai zaman kanak -kanak dorang yang nakal dan sering dimarahi oleh abah mereka Haji Sidek yang mahukan diorang berjaya dalam sukan badminton dan Haji Sidek sendiri yang melatih anak-anaknya untuk mahir dalam sukan badminton ni. Suka sangat dengan  watak nakal Bun dalam citer ni yang ada saja idea nakal dia untuk menghuru-harakan keadaan dan membangkitkan kemarahan Haji Sidek. Tetapi tak suka dan menyampah dengan watak Ajid yang mengada-ngada dan kaki bodek. Cikit-cikit nak report kat abah dia mentang-mentang lah dia tu anak kesayangan abahnya. Poyo betol si Ajid ni. haha. Still dalam ingatan lagi masa zaman kecil-kecil dulu biasanya kartun ni kan main time Maghrib dan kiteorang adik beradik standby dan baring depan tv tunggu nak tengok kartun ni. Time ni pulak arwah abah baru balik dari kebun dan mulalah bising sebab anak-anaknya asyik terpaku depan tv tengok kartun dan tidak solat maghrib lagi. Kiteorang tunggu iklan dulu barulah semua berebut-rebut nak solat. Begitulah betapa komitednya seorang kanak-kanak ribena ni pada kartun kegemarannya. Kini semua tu hanya tinggal kenangan.


 3) Doraemon





 

Kartun ni pun aku suka tengok juga time kanak-kanak ribena dulu. Kartun ni berkisar tentang kisah seorang budak pemalas Nobita yang selalu dibantu oleh robot kucing yang bernama doraemon. Doraemon ni kononnya dikirim untuk menolong Nobita yang selalu diganggu oleh Giant dan kawannya yang  aku tak ingat nama apa. So, Nobita ni akan selalu minta tolong Doraemon untuk membantunya.  Doraemon ni pula akan tolong Nobita dengan guna peralatan-peralatan canggih dari poket ajaibnya. Tetapi nobita ni sering menyalah gunakan peralatan itu sehingga meyebabkan kesusahan kepada dirinya sendiri. Dulu masa zaman budak-budak yang tak matang lagi fikirannya pernahlah  berangan nak masuk dalam alam Doraemon yang penuh warna-warni dan boleh terbang ni. Sewel betol kalau ingat balik time tu :P  Suka juga pada watak girl dalam kartun ni , Sizuka yang comel dan lemah lembut . So sweet :)

4) Keluang Man


Lirik lagu Keluang Man-Krisya
Download lagu Keluang Man-Krisya-weblagu

Dia
Bagai seorang pahlawan
Menjadi pembela
Pada yang tiada upaya
Dengan ketangkasan
Langkah pergerakannya
Menewaskan musuh
Yang membuat angkara

Dialah satria
Biar pun di mana jua
Dia datang di kala malam tiba
Melakukan tugas mulia
Di desa juga di kota
Dia akan memberikan bantunya
Demi hidup aman sejahtera
Keluang man...keluang man...keluang man...


Suka sangat dengan lagu tema dalam kartun ni. Lagunya best sangat-sangat. Siap hafal lagi masa zaman dulu-dulu. Kartun Keluang Man ni kira ala-ala bat man versi Malaysia. Cerita ni mengenai watak superhero yang bersahaja dan gila-gila yang bernama Borhan yang menjadi Keluang Man dam kartun ni. Dia ni digambarkan sebagai seorang yang mengalami masalah mental dan dimasukkan di hospital sakit jiwa. Kat sana dia ada seorang  bestfriend yang bernama Tiong Man yang selalu membantunya dan mereka sering keluar lewat malam untuk membanteras kejahatan. Dieorang ni sering menewaskan penjahat ni sebelum polis tiba lagi. Thats why la agaknya Inspektor Sahab dalam citer ni selalu tak puas hati dengan Keluang Man sebab terror dan cekap sangat selesaikan kes jenayah ni. Tak boleh bla betol inspektor Sahab ni. hahaha ( gelak jahat) . Teringat juga tentang watak seorang wartawan yang bernama Khaty yang kepoh dan sering menjejaki siapakah hero misteri yang berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah ni. Tetibe je rase rindu pulak nak tengok kartun dan dengar lagu temanya sekali. Kartun ni kiranya antara animasi tempatan yang best dengan dialog dan skripnya yang begitu kelakar dan memang tak kering gusi menontonnya.

5) Usop Sontorian 






Last but not least sudah tentunya cerita kartun Usop Sontorian yang banyak mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak. Ceritanya berkisar mengenai kehidupan budak kampung yang pelbagai bangsa hidup dengan harmoni dalam sebuah kampung. Setiap bangsa yang ada kat Malaysia ni diterjemahkan dengan baik dalam kartun ni dan kira ni kartun satu Malaysia la walaupun idea satu Malaysia tu sendiri belum tercetus lagi time tu. Kisahnya mengenai Usop, Abu, Dol dan Singh  yang bersahabat baik dan yang bestnya pasal kartun ni ialah jalan ceritanya yang berkisar tentang aktiviti budak-budak kampung pada zaman tu. Contohnya main rakit, lastik burung, main meriam buluh, mandi sungai dan sebagainya. Memang terasa budak kampung punya kehidupan bila tengok kartun ni.





Sehari di PD & Melaka :)

Posted by Unknown at 11:28 PTG





Selamat malam yang indah. Sudah lama rasanya tidak menconteng dan menulis sesuatu pada blog yang semakin  hari semakin sepi ini. Dah beberapa bulan dah rasanya blog ini terabai dan lama tidak diupdate.  Semangat untuk menulis semakin hari semakin pudar. Sedangkan dulu pada waktu lapang menulis adalah hobi dan minat yang aku gemari. Pada waktu itu blog ini adalah  teman ketika sepi dan bosan. Dan kini apabila sepi dan bosan datang kembali blog ini kembali dijenguk untuk menghilangkan kebosanan :P Well, sudah tiga bulan sesi baru semester bermula dan sekarang berada di minggu-minggu akhir perkuliahan. Assigment semakin menimbun dan tidak menang tangan untuk menyiapkannya. Sem ini setiap subjek yang diambil dan didaftarkan dirasakan semakin sukar dan susah untuk target sebenarnya tetapi kata orang usaha itu tangga kejayaan. Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh  tidak mustahil perkara yang sesukar manapun akan menjadi senang asalkan kita tidak pernah berputus asa. Chaiyok ila!!! Insya Allah, you can do it :) Mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan.

Ermm nak dijadikan cerita pada awal-awal sem yang sudah lupa tarikhnya my friends and I telah pergi bercuti ke PD dan Melaka. Memang time ni betul-betul enjoy dan gembira dapat pergi makan angin dengan kawan-kawan sekelas yang sporting dan baik-baik semuanya. Kita orang telah berpakat untuk sewa kereta sebanyak dua buah yang bayarannya dikongsi sama rata oleh 8 orang. Oppss, lupa nak mention thanks Cik Asnida yang bermurah hati sponsor our dinner malam tu. Almaklumlah time tu duit JPA dah masuk. Dia seoarang je yang dapat JPA dikalangan kami semua yang semuanya penghutang tegar PTPTN. hehehe ;p  Memang kenyang sangat-sangat makan free. Semoga murah rezeki selalu hendaknya kawan merangkap roomate aku seorang ini. Amin. Cukup dengan gambar-gambar di bawah ini menceritakan detik-detik riang kami bersama :)
























Moga Dia Mengerti :)

Posted by Unknown at 9:41 PTG
 

Sincerely,
Saya yang tidak sempurna :) 

If i give you my heart ?

Posted by Unknown at 6:13 PG


if i give you my heart, will you promise not to break it?

Jaja dan Din~ a sweet love story

Posted by Unknown at 4:38 PG

 
Jeng Jeng Jeng. Inilah dia my favourite novel hasil karya pengarang kesayanganku Noor Suraya. Jap2, sebenarnya ada apa dengan cerita ni ye ?? Cover dia nampak biase je, cam buku cerita kanak-kanak  je.  Tajuk pun tak komersial lansung. Jaja dan Din. Ermm, tak glmour la. (macam la nama ila tu glamour sangat).Hehee. But, please dont judge a book by its cover before you read it ok. Novel ini simple tapi penuh dengan pengajaran yang sangat-sangat berguna dalam mendidik diri menjadi seorang muslimah sejati yang lebih baik.  Percayalah !!! Aku bagi 10 bintang kat novel ni.



 Faiza Dr. Badrul Hisyam @ Jaja , heroin di dalam cerita ini dicipta begitu indah oleh pengarangnya. Jaja hanyalah seorang gadis biasa yang hidup dalam dunianya yang moden. Namun dia tidak hidup berlandaskan landasan agama yang sebenar. Dia tidak menutup aurat dan solat pun kadang-kadang buat dan kadang-kadang tinggal. Dia adalah seorang perempuan yang tidak pernah jatuh cinta sehinggalah kehadiran Din dalam hidupnya telah mengubah segalanya. Dia jatuh cinta pandang pertama pada Din , seorang ustaz sastera Arab lulusan Universiti Al-Azhar hanya setelah melihat sekeping gambar. Jaja ni merupakan seorang media planner, dia tertarik pada sekeping gambar seorang lelaki yang sedang bertafakur di depan kubur yang telah diambil secara kandid oleh seorang jurukamera di syarikatnya untuk tujuan pengiklanan. Disitulah dia mula berkenan pada ustaz tu dan memulakan misi pengembaraanya mencari lelaki misteri di dalam gambar itu. Kemudian, dia meluahkan hasrat hatinya kepada orang tuanya untuk meminang Din. Yang part ni memang kelakar. Siapa cakap perempuan tak boleh meminang lelaki ok. So, tidak adalah istilah perigi cari timba kan. Perigi nak kejar timba pun boleh. hehe. Sape cakap  seorang ustaz ni hanya boleh kahwin dengan ustazah je. Habis kite perempuan biasa yang  cetek ilmu agama ni tak sesuai ke dengan ustaz??  Keberanian Jaja ni memang aku  respect. Yela kan biasanya orang perempuan ni kalau ada sukakan seseorang lelaki sekalipun  lebih suka diamkan dan tunggu je. Tetapi Jaja ni dia lain dari yang lain. Dia tahu siapa yang dia inginkan dan dia berusaha.


Jaja dan Din bagaikan langit dan bumi yang hidup dalam dua dunia yang berbeza. Tetapi kerana cinta Jaja yang mendalam terhadap Din  dan keikhlasan Din menerima Jaja seadanya dengan niat untuk membimbing isterinya menjadi seorang muslimah yang sejati telah menyatukan mereka dalam ikatan  suci suami isteri. Jadi inilah yang dikatakan hidayah Allah ni datang dalam berbagai-bagai cara kan. Cinta Jaja kepada Din telah membawa dia kembali ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Din sebagai penunjuk jalan. 

Selepas berkahwin Jaja kena hidup cara Din yang memang mengimpikan kehidupan yang zuhud dan hidup sederhana serta serba kekurangan. Sedangkan Jaja ni anak kepada pasangan doktor  pakar yang sudah terbiasa hidup mewah. Tetapi Din sangat baik,sweet dan romantik. Tetapi romantik pun hanya dengan isteri dia si Jaja tu je. Nah, sape cakap kahwin dengan ustaz tu tak romantik. Banyak peristiwa sweet yang berlaku dalam alam perkahwinan mereka. Din ni walaupun dia tidak kaya harta benda tetapi dia sangat-sangat  la kaya dengan kasih sayang. Setiap malam sebelum tidur dia akan bercerita kepada Jaja kisah-kisah nabi dan para pejuang islam yang terdahulu. So sweet!!! Setiap kali Jaja buat salah walaupun kesalahan tu besar dia tidak pernah memarahi Jaja tetapi sebaliknya menasihati Jaja secara hikmah dan berhemah. Jaja pulak seorang isteri yang taat dan tak banyak songeh. Kire cam isteri mithali la. Padahal sebelum berkahwin Jaja ni seorang yang gila-gila, banyak mengomel dan kelakar. Tetapi selepas berkahwin Din berjaya membentuk Jaja menjadi lebih matang. Kesabaran Din dalam mendidik Jaja sangat-sangat  aku kagumi. Plezz, nak calon suami cam Din la!!!!


Kemudian, lepas tiga tahun kahwin Jaja pregnant. Din pula nak pergi berjihad ke Afghanistan. Tapi die tunggu baby lahir dulu sebelum pergi berjuang. Kemudian mereka mendapat seorang baby boy yang diberi nama Umar. Selepas beberapa hari baby lahir,  Din pergi berjihad. Jaja ikhlas dan merelakan pemergian suaminya kerana dia tidak mahu menjadi penghalang pada perjuangan murni Din terhadap agamanya. Yela sebelum kahwin lagi Din dah cakap kat Jaja yang dia ingin berjuang turun ke medan peperangan. Kemudian part yang paling sedih bila satu hari setelah lama menanti tanpa khabar berita dari Din, Jaja dapat berita Din ghaib di medan peperangan tanpa dapat  dikesan untuk pulang dan berkemungkinan mati syahid kat sana. Of course kite sebagai pembaca dapat menyelami perasaan sedih seorang isteri yang suaminya dikatakan gugur di medan perjungan. Sampai air  mata kite pun turut mngalir sekali. Terkesan di hati. Terasa kehilangan watak Din. Dalam masa itu jugalah Jaja tetap setia terhadap suaminya. Dia sabar mendidik Umar menjadi lelaki sehebat Din, dan dia tidak teragak-agak untuk menolak lamaran lelaki lain yang sedia menggantikan tempat Din. Namun, setelah beberapa tahun kemudian Din kembali tetapi dia sudah tidak seperti dulu kerana dua jarinya telah kudung akibat terkena bom. Namun Jaja tetap menerima Din seadanya.

 I like this ending kerana akhirnya mereka bersatu kembali. Kisah Jaja dan Din ini mungkin bukanlah kisah cinta yang agung tetapi ianya juga bukanlah kisah cinta biasa. Ianya bukanlah hanya cinta kepada manusia semata-mata tetapi juga cinta kepada Allah. Banyak pengajaran yang dapat kite kutip dalam cerita ni. Biarpun sehebat manapun dugaan itu ianya pasti tidak melebihi kemampuan kita dan bahagia itu bukan pada orang yang melihatnya tapi pada apa yang kita rasa.
 

Malang Tak Berbau

Posted by Unknown at 12:11 PTG









Salam Ramadhan yang kesepuluh. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bererti dan mampu mendidik diri menjadi muslim sejati yang lebih baik berbanding sebelumnya. Amin.

Well, sudah lama rasanya blog @ my little diary ini tidak diupdate semenjak pulang bercuti ke kampung. Almaklumlah busynya kite ni mengalahkan PM lagaknya. kih3. Paham- pahamlah kan  line internet kat kampung ni lajunya cam siput berjalan je. Itulah yang membuatkan kadang-kadang rasa malas sangat nak online.

Nak dijadikan cerita, hari tu sebelum start puasa aku sempat lah pergi berkhelah  kat  sebuah sungai di kampungku tercinta bersama rakan-rakan baik sejak sekolah rendah lagi iaitu, Tonah, Idah dan Yana. Memang hepi sangat jumpa dorang. Almaklumlah dah lama tak jumpa. Banyak benda yang dicerita dan dikongsi bersama. Cerita tentang zaman persekolahan dulu-dulu dan juga cite pasal kehidupan baru masing-masing. Dorang memang kelakar and I'm very happy with them. Rindunya aku pada persahabatan kami yang dulu. Tetapi yang tak bestnya baru je nak mandi-manda dan snap gambar  hujan dah turun. Terpaksalah kami berundur diri. Tapi yang paling  best sempat lagi merasa mandi hujan. Aku kan dah lama tak mandi hujan.HIHI.


Selepas balik dari berkhelah, malang tak berbau kaki ini digigit lipan. Aduh, pengalaman yang sungguh ngeri! Rasa tak boleh nak bayang sakit tu camner.  Dah la lipan tu boleh tahan besar, kaki dah mula membiru dan membengkak. Jalan pun terincut-incut. Nasib baiklah ada sepupu yang sebelah rumah baik hati tolong hantarkan ke hospital dan doktor bagi  tiga suntikan. Serius cakap aku tak takut lansung pada jarum suntikan tu. Kena suntik banyak-banyak pun takpe. Hihi. Sakit digigit lipan mengatasi segalanya. Malam tu memang tak boleh tidur lansung kaki asyik berdenyut je. Sakitnye Tuhan je yang tahu. Duduk tak kena, baring tak kena, berjalan apatah lagi. Lepas tu muntah-muntah banyak sangat. Badan pun dah rasa lemah-lemah dan panas-panas. Maybe demam kesan dari gigitan lipan ni + bermandikan hujan selepas balik berkhelah. Selepas tu aku demam beberapa hari. Kecian. SOBS  T_T

So, malang tu memang tak berbau kan. Kita memang takkan tahu bila dan dimana kemalangan@ musibah yang akan berlaku pada kite. Thats why kita mestilah sentiasa berhati-hati dan peka dengan keselamatan diri dan keluarga walau dimana saja kita berada. Orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati. Apepun di bulan yang baik ini semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga hamba-hambaNya. Salam.  

Di KLCC :)

Posted by Unknown at 11:05 PTG












Selamat Tinggal UKM

Posted by Unknown at 10:28 PTG
Hari ini merupakan hari terakhir berada di bumi UKM dengan memegang status sebagai  junior. Lepas ni apabila kembali kembali semula ke UKM, aku  sudah pun menjadi senior kepada bakal-bakal junior yang hensem-hensem dan comel-comel semuanya. Cewwah, terasa  diri sedikit matang disitu. TAPI aku dah tak nak kembali ke UKM lagi. Boleh tak??? Haissh, tak boleh2x. Perjuangan masih belum selesai,ila. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah melangkah ke bumi UKM ini, kuatkan semangat, cekalkan hati, tabahkan diri untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki dua tahun sahaja lagi. Pejam celik pejam celik dua tahun itu sekejap sahaja(ayat untuk menyedapkan hati). 

Sem dua ini banyak masalah dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam meneruskan hidup sebagai pelajar disini. Dugaan hidup  betul-betul menguji kesabaran dan ketabahan diri. Tetapi apabila aku bersendirian dan cuba untuk bermusahabah diri kembali, aku percaya setiap ujian yang Allah berikan itu  adalah sebagai peringatan dan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya supaya sentiasa  mengingatinya dan dekat padaNya. Biasalah lumrah manusia kan. Selalu melupakan Yang Maha Pencipta bila dibuai bahagia dan kembali mengingatiNya bila dalam kedukaan dan kesusahan. Ya Allah, please forgive me. 

Setiap orang diberikan takdir hidup yang berbeza. Ada yang pada permulaanya bahagia dan pada akhirnya derita. Ada juga yang pada permulaanya sukar tetapi di hujung jalan ada kemanisan. So, tidak usah mengeluh sangat kan. Jalanilah hidup ini mengikut rencana yang telah Allah aturkan kerana perancangan Allah pastinya lebih baik dari perancangan kita sendiri. Cuti sem yang hampir tiga bulan ini aku ingin merehatkan diri, menenangkan hati, dan cuba untuk menganalisis kelemahan dan kekekurangan  yang ada pada diri ini supaya  aku boleh memperbaiki apa yang kurang dan cuba untuk merubah diri ke arah yang lebih baik.  Moga Tuhan merestui dan menunjukkan jalan. 

Akhir sekali, maaf dipinta di atas segala kekurangan dan kelemahan diri ini yang mungkin pernah menyebabkan hidup kalian bermasalah. Akan aku cuba memperbaikinya. Sahabat-sahabat  tersayang, semoga kesilapan yang pernah kita lakukan itu mampu menjadi pengajaran berharga yang mampu mendewasakan kita semua. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Kita adalah sahabat sejati dan bukannya sahabat dijalanan. Suka duka kita tempuh bersama. Insya Allah. Semoga Tuhan merestui dan merahmati ikatan persahabatan kita sehingga ke Jannah.  Semoga bertemu lagi untuk sesi yang akan datang. Selamat bercuti dan jaga diri selalu !!!!! 







Kosong

Posted by Unknown at 4:12 PTG

Hai my little diary, hari ni final exam sudah berakhir. Perasaan aku sepatutnya lega dan gembira tapi tak tahu kenapa jauh disudut hati, rasa kosong sangat-sangat. Why, why, why??? Whatzzz happen to myself??? Nak kata gembira dapat pulang ke kampung pun tak juga. Sedangkan jika sebut pasal pulang ke kampung akulah yang selalunya  paling bersemangat dan bahagia sekali. Tiket  pulang ke kampung pun masih belum dicari.  Adoii,  nape ni rasa cam takde semangat pun untuk melakukan apa-apa. Wahai  encik semangat kemanakah  kamu menghilang.  Plezz, jangan bersembunyi ditempat yang saya tidak boleh jumpa kamu  T_T. Ya Allah, kenapa perasaan ini  berdebar dan gelisah sepanjang masa. Wahai hati, silalah tenang. Wahai minda, berhentilah memikirkan perkara yang bukan-bukan ok.





 

 Dear myself ,( nak bagi motivasi cikit kat diri sendiri ni) 
 Kita tidak akan pernah tahu dan mampu meramal masa depan kita. Kita juga tidak tahu bagaimanakah pengakhirannya hidup kita nanti. Pengakhiran itu Allah yang akan tentukan kelak. Jangan difikirkan sangat dan jalanilah hidup ini seperti biasa. Insya Allah semuanya pasti akan dipermudahkan. Berdoalah semoga pengakhiran yang telah Allah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk hidup kita. 

Sincerely
- saya yang tidak sempurna-

Puasa + Exam

Posted by Unknown at 8:11 PTG

Pertama,  nak ucapkan selamat berbuka puasa kepada semua umat islam yang berpuasa hari ini sempena hari Iskraj Mikraj. Semoga mendapat pahala ibadat yang berlipat kaliganda. Insya Allah. Erm, Ramadhan pun dah nak hampir tiba kan. So, pada sesiapa yang belum melunaskan hutang puasa tu especially untuk kaum perempuan  bersegeralah ye. Cepat-cepat, jangan bertangguh lagi!!!!

Kedua, nak ucapkan selamat berjaya kepada diri sendiri dan semua rakan-rakan yang masih belum selesai menduduki final exam.Ya Allah, kuatkan semangat, berikan ketabahan dan kurniakan ketenangan fikiran  kepada kami semua , semoga kami semua mampu menjawabnya dengan baik. Amin.

Ketiga, pada masa ni aku tahu ada orang yang terdekat dengan aku sedang bersedih dan diuji dengan dugaan yang begitu berat. Sedih yang dia rasakan aku juga turut merasanya. Tetapi berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Ya Allah, berikan ketabahan kepadanya kerana aku   percaya dia insan hebat yang tidak akan mudah mengalah dan menyerah dengan dugaan ini. Bertahanlah dan teruslah bertabah. Insya Allah selepas ini semuanya pasti akan baik-baik sahaja. 

Ok, tak sempat nak berceloteh panjang kali ini sebab masa sangat-sangat mencemburui . Apapun aku ada exam pagi-pagi lagi esok. Wish me luck ye. Paper Morfologi , please be nice to me ye!!!  Wink-wink!!!  K,bye. Salam :)  

Untuk kalian

Posted by Unknown at 9:45 PG

Ada sesuatu hal yang tidak mampu kita luahkan secara berdepan. Semoga masih belum terlambat untuk aku mengucapkan terima kasih kepada insan-insan disekeliling yang banyak memberi sokongan dan dorongan  kepada diri ini. Tanpa kalian aku tidak akan sekuat dan segembira ini. Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi kalian seperti mana Dia sentiasa menjaga dan  melindungi diri ini. 

untuk arwah abah yang penyayang
Terima kasih abah atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang pernah dicurahkan. Terima kasih Tuhan kerana pernah meminjamkan seorang ayah yang begitu mulia dan luhur kasih sayangnya walaupun hanya untuk sementara. Kenangan membesar bersama abah adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup ini. Bila kita tidak lagi bertemu di alam yang nyata, biarlah doa menjadi penghubung ikatan yang terbaik buat kita. Semoga kita dipertemukan kembali di alam sana. 

Untuk ma yang banyak berkorban
Terima kasih ma, insan yang paling banyak berkorban untuk kebahagiaan dan kesenanganku selama ini. Ya Allah, panjangkan usia ibuku semoga diri ini masih sempat menabur bakti kepadanya. Maaf diatas segala keterlanjuran kata-kata, sikap tidak peduli dan tidak tahu menghargai seorang anak selama ini. Tiada kasih yang abadi melainkan kasih sejati seorang ibu. Moga syurgalah buatmu ibu .

Untuk abang-abangku yang selalu melindungi
Terima kasih  untuk abang-abangku kerana menjadi pengganti arwah abah, sentiasa menjaga dan melindungi diri ini . Selalu mengambil berat dan selalu menegur diri ini. 

Untuk kakak-kakakku  yang penuh pengertian
Terima kasih juga untuk kakak-kakakku yang banyak menabur jasa dan berkorban demi kebahagian adik-adik. Bertabahlah kakakku dalam mengharungi ujian hidup yang tidak pernah surut ini kerana Allah tidak akan menguji dirimu melainkan Allah tahu engkau cukup kuat untuk menghadapinya. Percayalah disebalik kepahitan pasti ada kemanisan yang tersembunyi. 

Untuk adik-adik yang selalu menceriakan
Terima kasih untuk adik-adik tersayang yang selalu membuatkan hidup ini ceria. Teman bergaduh dan bergurau yang tebaik. Kita banyak berkongsi cerita, harapan dan impian bersama. Semoga kalian berjaya dan bahagia dalam hidup.

Untuk abang-abang ipar dan kakak ipar yang baik hati
Walaupun kita bukan dari daging yang sama tapi kita punya ikatan kekeluargaan yang erat. Terima kasih kerana memberikan layanan baik seorang abang dan seorang kakak sehinggakan terasa kita bagaikan  satu keluarga yang sudah cukup  lama mengenali. 

Untuk anak-anak  buah yang selalu menghiburkan
Untuk anak-anak saudaraku yang comel yang selalu menghiburkan hati  yang lara ini dengan keletah dan ragam kalian yang nakal. Kalian adalah insan yang paling dirindukan bila berjauhan. Semoga membesar menjadi putera dan puteri yang berguna kepada keluarga, bangsa dan agama.

Untuk dia yang sentiasa memahami 
Tanpa perlu bertentang mata, hati terasa dekat selalu. Terima kasih  kerana selalu menjadi kaunselor saya, memberikan semangat dan keyakinan pada diri ini setiap kali saya hampir-hampir berputus asa. Terima kasih kerana telah menceriakan hari-hari saya. 

Untuk teman-teman yang selalu menggembirakan
khas untuk teman-teman seperjuangan di Sk Kalai, Smk Batu Melintang , Smk Ayer Lanas, Ukm,  dan tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan di PLKN Batu Jong. Pelbagai kenangan yang telah kita lakarkan bersama diwarnai dengan gurauan dan usikan, dihiasi dengan gelak tawa dan senyuman. 
Terima kasih kalian  kerana telah membawa warna-warna pelangi dalam hidup ini.

untuk saudara mara yang prihatin 
untuk sedara mara yang dekat dan jauh yang selalu ada  dan memberikan pertolongan bila memerlukan, terima kasih.

 Untuk guru dan pensyarah yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman
Terima kasih untuk guru-guru dan pensyarah yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.  Halalkan segala ilmu yang pernah diberikan . Semoga ilmu yang pernah dipelajari mampu dimanfaatkan suatu hari nanti. 

Untuk kalian yang pernah melukakan hati ini
Disebalik kepahitan yang pernah kalian berikan aku temui kemanisan dipenghujungnya. Terima kasih  kalian kerana telah memberikan hati baru pada diri ini. Hati yang kini lebih kuat, tabah dan cekal dari sebelumnya. Selamat berbahagia kalian .


Final Exam, Semoga Berjaya

Posted by Unknown at 9:46 PTG

selamat berjaya buat diri sendiri dan semua kawan-kawan yang tersayang. Fighting!!!!


Exam week beginning!!!

When studying becomes a burden,
When revision is stressful,
When we feel like giving up and not study for our exam.
REMEMBER THIS 2 VERSES :

#1 - Allah doesn't burden up with things we can't bear (2:286)
#2 - Verily with energy difficulty, there is relief (94:6)~
CREDIT TO: FACEBOOK PAKAR DIARI HATI 

Sahabatku Sayang

Posted by Unknown at 11:44 PG
Salam dan selamat pagi.....

BORING + BOSAN +  SUNYI

Adoiii, boring giler ni. Bila la my roomate and  my friend nak datang balik ke ukm ni. Aku tak suka tinggal sorang-sorang. Semua kena buat sorang-sorang. Makan sorang2, study sorang2 , bercakap pun sorang-sorang (yang ni dah parah tahap gaban cam orang tak betul) >.<  Ma, nak balik!!!!! Sabar ila sabar lagi tiga minggu je lagi. Ok, stop merapu. Be serious!!!! 

Soalan pada diri sendiri:
ila, kamu tahu tak maksud sahabat itu apa?
 Ok, aku cuba  jawab ya sahabat itu ertinya orang yang tidak pernah melukakan hati kita. Betol tak???
 Jawapan kamu sangat-sangat SALAH.
 Kenapa, kenapa, kenapa?????????????
 KERANA Kalau sahabat itu ertinya orang yang tidak pernah melukakan hati kamu bererti sampai bila-bila pun kamu tidak akan pernah punya sahabat. 

Ya, maafkan aku.  Aku khilaf dalam mentafsir makna sahabat yang sebenar-benarnya. Aku hanya mengambil kira tentang perasaan aku yang pernah dikhianati dan dilukai sahaja tanpa pernah memikirkan tentang perasaan sahabat aku yang mungkin hatinya pernah aku sakiti. Sesungguhnya akulah insan yang mementingkan diri sendiri.

Ya,
Aku akui yang dulu pada masa lalu, aku faham apa itu maksud sahabat. Dahulu aku pernah mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu aku memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan aku, segala rasa kekecewaan dan ketakutan. Harapan dan impian ini juga aku luahkan padanya. Dialah yang selalu memberi aku jalan bila-bila aku pernah bedepan dengan masalah. Kerana kami sahabat baik pada ketika itu kami saling berkongsi rasa dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Dan pada satu hari disebabkan oleh satu perkara hubungan kami menjadi semakin dingin dan menyepi.

Dan sejak hari itu kami menjadi bagaikan orang asing yang tidak pernah mengenali.  Dia pergi meninggalkan aku tanpa pesan tanpa berita. Kami sudah tidak saling berhubung,  lansung terputus segalanya.  Dan sejak hari itu juga aku sudah  hilang percaya untuk berkongsi kemanisan persahabatan ini lagi.   Maafkan aku, aku tidak sempurna. Maafkan aku kerana terlalu jahil dalam menilai erti persahabatan yang sebenarnya. Semoga bila Tuhan masih mengizinkan, kita masih diberi kesempatan untuk saling bertemu dan bersua. Semoga Tuhan sentiasa menjaga kamu sahabatku sayang.



i miss you friend.....

How Can I Forget All That

Posted by Unknown at 10:31 PTG
you were there to light my day

you were there to guide me through

from my days down and on

i'll never stop thinking of you



how can i forget all that

when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine



never will forget the day

how we've met and came this far

we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do




            




MiNGGu STuDY WeeK !!!!

Posted by Unknown at 12:13 PTG
    Fuh,cepatnya masa berjalan kan??? Minggu ni dah masuk minggu study week pun. Lagi lebih kurang seminggu dari sekarang akan berdepan dengan final exam pulak.Ramai pelajar yang ambil kesempatan pada minggu study week ini untuk pulang ke rumah dan kampung halaman masing-masing termasuklah aku. Aku sempat pulang ke kampung halaman tercinta nun jauh di Kelantan selama lima hari. Nak balik ambil semangat dan mohon restu dari  keluarga supaya dapat jawab exam ni dengan tenang .  HEHE. Boleh caye ke???? Propa je lebih sebenarnya.Sebenarnya  aku balik sebab dah homesick sangat-sangat. Balik kampung tu tak study sangat pun. Makan, tidur, tengok tv  dan jalan-jalan je .Tu je kerjanya. Tak sedar diri dah nak exam : P . Aku try juga nak study kat umah tapi ada je gangguan. Baru je nak buka buku  sikit datanglah terkedek-kedek anak buah aku yang tiga orang tu mari nak bermanja pulak. Adoyaii.." Mak teh, nak dengar cerita. nak dengar cerita puteri dengan barbie. " Alahai, macam lah mak teh dieorang ni pandai bercerita. Layan jela kan kerenah dieorang. Nanti kalau tak layan merajuk pulak. Nama lagi budak-budak.Hehe.  Sekarang dah pun berada di bumi UKM yang tercinta.So, dah takde alasan lagi untuk tak nak study dan ada gangguan luar ye ILA..



*  Jeng... Jeng.. Jeng...  Semoga dalam sisa masa yang masih ada kita semua  masih diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk struggle for our exam. Semoga kejayaaan menjadi milik kita semua. Insyaallah.
untuk saya, untuk dia dan untuk kamu 

 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei