Soal Hati

Posted by Unknown at 2:09 PTG
  Erm, cmner nak start erk. There are the moments in your life when you meet someone and you will feel something different in your heart. Different yang camner tu hanya tuan yang empunya diri saje tahu kan3???   Eh, bercakap soal hati dan perasaan pulak  kali ini. My heart pun da start blushing more than my face ni. Malu lettew. Haha. Xpe. Jarang-jarang sekali layan perasaan. Normal la kan. Tetapi  siapalah aku ini untuk mengharapkan intan permata dan berlian sekalipun sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang pastinya wujud dimana-mana sahaja. I'm not waiting for a prince, I'm  just  waiting for the one who thinks that  I am his princess.





      Orang cakap perempuan ni kalau ada sukakan seseorang ianya adalah lebih manis jika dirahsiakan. Kenapa?? Yela, takkan perigi nak cari timba kot. Jatuh la standard. Lumrah kita sebagai seorang perempuan memang pemalu kan. Jadi, cukup dengan hanya membiarkan perasaan itu berbicara dalam hati. Cukup hanya dengan kita dan Allah sahaja yang tahu. Bimbang kalau diluahkan hanya bertepuk sebelah tangan. Dia yang kita suka  tu  belum tentu menjadi milik kita dan mungkin dah berpunya. Mana la tahu kan. Jadi, seharusnya tidak perlu berharap sangat. Biar semua tu just go with the flow.

       Bagi aku pula , aku percaya pada kuasanya takdir. Di tangan Allah segalanya mungkin. Di tanganNya juga semuanya akan baik-baik sahaja. Hati kita Allah yang punya. Hati kita juga Allah yang jaga. Jadi, biar Allah yang mengatur segalanya. Kalau ada jodoh kita dengan orang tu , adalah. Kalau tak ada jodoh pun tidak mengapa. Kita kawan je. Terima  sahaja seadanya  kerana kadang-kadang  pertemuan itu ada  tetapi jodoh kita belum pasti lagi kan.


     




         Percayalah, Andai takdir hidup bersama pasti Allah mempermudahkan jalannya. Dan jika tidak berjodoh sekalipun pastinya Allah akan menggantikan dengan seseorang yang lebih baik. Insya Allah. Tetapi jika kita tetap mengharapkanya , berdoalah.Tiada apa yang mampu menolak kuasa takdir kecuali doa ~ RASULULLAH S. A. W




my life and I

Posted by Unknown at 9:30 PG
 Salam  dan selamat pagi.

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun satu pengajian aku kat UKM ni. Dah nak masuk minggu terakhir kuliah dah. Well, rumusan keseluruhan sepanjang aku berada di UKM ini macam-macam pengalaman  pahit dan manis yang telah aku lalui dan aku rasa aku takkan dapat jumpa lagi  pengalaman tu  kat tempat lain. Sesungguhnya ijazah yang terbaik ialah pengalaman hidup dan pengajaran yang dikutip sepanjang perjalanan kehidupan ini. Aku belajar banyak perkara kat sini. Aku belajar camner untuk uruskan diri sendiri, belajar tentang sebuah persahabatan, belajar untuk jadi matang, belajar membina keyakinan diri, belajar berdikari, belajar untuk bangkit dari sebuah kegagalan dan bla3. Sesungguhnya aku juga sedang mencari dan mengenali diri  sendiri melalui proses pembelajaran itu. Jadi berdirinya aku di sini sekarang bukan lagi sama seperti ila yang dulu. Ila yang sekarang dah semakin  mature dan bukan kebudak-budakan lagi ok. 



       





                         

Untuk anda yang telah saya sakiti

Posted by Unknown at 8:15 PTG
 Anda,
Sebuah teguran adakalanya menyakitkan. Namun dapat menyelamatkan kita daripada kesakitan yang lebih parah dikemudian hari. Biarpun pedih dan menyakitkan sebuah teguran itu, terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Sekurang-kurangnya apabila ada yang menegur kita menunjukkan masih ada yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita.

 Ya,
Siapalah saya untuk menegur anda sedangkan saya sendiri jauh dari kesempurnaan. Mungkin saya tidak cukup sempurna di mata anda tapi inilah saya yang penuh dengan kekurangan dan masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari  dalam hidup ini. Saya juga manusia biasa dan bukannya malaikat yang tidak pernah melakukan kesilapan. Oleh itu, maaf jika sayalah  punca hidup anda bermasalah sekarang.

 Sedarilah wahai teman,
perbezaan pendapat antara kita  adalah untuk saling melengkapi dan bukannya untuk mebuatkan kita  saling membenci. Tidak semua yang anda fikir  betul itu betul dan tidak semua yang anda anggap salah  itu salah. Begitulah juga dengan saya. Hidup  ini bukan untuk memuaskan dan membahagiakan  hati semua orang. Oleh itu, tegurlah diri ini dengan penuh hikmah seandainya saya sudah berubah dan bukan lagi seperti yang anda kenali dahulu. Saya hanya cuba untuk menjalani hidup yang sementara ini dengan menjadi diri sendiri.   


Buah Hati yang Dirindui

Posted by Unknown at 11:07 PG

        Bila duduk jauh ni kan orang yang paling dirindukan selain mak sendiri  ialah anak saudara @ anak buah aku  yang tiga orang tu. Merekalah permata hati dan pengarang jantung  ini. Orang cakap time bujang ni boleh la kita cakap camtu sebab belum ada anak sendiri tetapi bila dah ada anak sendiri kasih sayang itu pun mula la beralih arah. Betul ke camtu erk?? Well, bagi aku  pula soal kasih sayang ni bersifat subjektif. Tuhan bagikan banyak ruang dalam hati  ini untuk diisi dengan kasih sayang dalam pelbagai cara yang  berbeza. Ruang itu tidak akan pernah penuh dan semakin membesar walaupun kita sayang beribu-ribu orang pun dalam dunia ini. Owh ye,  minggu depan dah nak balik kampung dan boleh la jumpa dan peluk mereka puas-puas. Nanti harus juga bersedia dengan soalan "mak teh, hadiah kakak dengan adik mana?". Alahai, anak-anak  buahku yang manja! Misss you all a lots!!    

zahraa dan zarief 
putri iman farisya yang tembam
kakak zahraa sudah besar dan sudah bersekolah sekarang
kakak echa cayang yang suka buat hal sendiri dan
tidak hiraukan orang lain
kakak echa nyenyak tido
adik zarif yang nakal dan periang
dua beradik
adik zarif tunjuk perut boroi
My name is Nur Zahraa Umairaa. I  am 6 years old. 
my name is zarief zikrie
adik zarif  ketika berusia 5 bulan
kakak zara yang pemalu tetapi bila da start bercakap
tak tahu nak berhenti 
My name is Putri  Nur Iman Farisya
Yeaay, echa nak dapat adik baru nanti!!! 

Tahniah, The Red Warrior

Posted by Unknown at 12:05 PTG




         Firstly,  nak rakamkan ucapan tahniah berjuta-juta lemon kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan @ The Red Warrior kerana telah menjuarai Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0 semalam. Akhirnya penantian 22 tahun Kelantan terjawab juga semalam . Perghh, memang Kelantan terbaik. Love you ,The Red Warrior. Kelantan telah mencipta kemenangan menerusi jaringan penalti oleh Mohammad Ghaddar pada minit ke-58.  Apapun ,syukur Alhamdulillah di atas kemenangan itu. Semoga Kelantan dapat mengekalkan momentum yang terbaik untuk masa-masa akan datang. Insya Allah. Doa peminat sentiasa bersamamu wahai The Red Warrior. 

        Well, semalam aku tak tengok pun  perlawanan bola tu. Tetapi tengok dalam facebook semalam ramai yang post pasal kemenangan Kelantan . Jadi nak ucap tahniah juga la  pada pasukan negeriku yang tercinta  ini. Hebatnya kuasa bola yang bulat ini  kerana  telah dapat menyatukan rakyat Kelantan yang berbeza pegangan politik untuk sama-sama turun padang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negeri kelantan ini. 



gelombang merah di Stadium Bukit Jalil.

  

         Alang-alang bercakap pasal bola ni kan aku teringat pengalaman ketika aku berada di tingkatan tiga dulu pada tahun 2006. Ketika itu ada Fifa World Cup yang berlansung di Jerman. Aku ketika itu memang peminat fanatik pasukan Perancis dan sudah tentu pemain yang aku minat ialah Zinedene Zidane. Ketika world cup itu berlansung, aku pulak tinggal di asrama. Bila duduk di asrama tu faham-faham je la kan kita terikat dengan peraturan asrama yang ketat. Jadi ada jadualnya bila masa kita boleh tengok tv dan bila masa untyuk study. Demi minat punya pasal aku sanggup berjaga malam  tengok bola di bilik menonton  walaupun esok hari persekolahan, semata-mata nak tengok pasukan Perancis beraksi.  Memang semangat giler time tu .  

        Masa demam bola sepak tu  melanda seluruh dunia aku pun rajin  la beli akhbar konon-kononnya. Bukan nak baca sangat pun tetapi nak gunting dan simpan gambar-gambar yang ada Zinedene Zidane dan  tampal dalam buku buat kenangan. Ala-ala buku skrap la camtu. Aku masih ingat lagi pada malam final  pasukan Perancis bertemu dengan Itali  tu  punye la semangat malam tu berjaga kat bilik tv dalam pukul 2 pagi camtu la jika aku tak silap. Tetapi frust sangat kerana pasukan perancis kalah. Meleleh air mata ini. huhu. Keesokannya pergi sekolah mengantuk dan tertidur dalam kelas. Tak sedar diri betul. Dah la nak PMR tahun tu. Demam bola telah mengatasi demam nak exam. Alahai, memang tak patut. Yang lebih membuatkan aku kecewa  ialah di atas kontroversi yang melibatkan  Zidane dengan seorang pemain Itali , Materrazi yang membuatkan Zidane dilayang kad merah dan seterusnya dibuang padang. Peristiwa itu menjadi titik noktah penamat karier Zidane dalam dunia bola sepak antarabangsa. Setelah Zidane bersara aku pun dah tak beberapa  minat dan bersemangat nak tengok bola. Begitulah hebatnya penangan seorang makhluk bernama Zinedene Zidane ni pada aku. Cuma beberapa tahun  kebelakangan ini apabila nama Kelantan naik kembali dan menjadi perhatian dalam dunia bola sepak di Malaysia aku pun minat balik la nak  ikuti perkembangan bola sepak tanah air . Tetapi  takdelah sefanatik  seperti semasa zaman kanak-kanak ribena dulu. 

        Masa berlalu dan  minat manusia pun turut berubah. Minat kita pada sesuatu tu hanyalah bersifat bermusim sahaja. Apabila  sesuatu musim itu  berlalu, kita pun mulalah beralih arah kepada minat yang baru pula. Itulah namanya kehidupan dan tidak ada benda yang kekal di dalamnya. So, moral of the story kali ini minat  kita  pada sesuatu tu biarlah berpada-pada dan jangan sampai mengabaikan tanggungjawab kita yang lebih utama terutamanya tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. 



  
pemain favourite aku satu ketika dahulu





Mimpi oh Mimpi

Posted by Unknown at 7:28 PTG
        Hari ini aku bermimpi tentang perkara itu lagi. Orang cakap mimpi tu mainan tidur tetapi kalau kita kerap mimpikan benda yang sama dan tidak logik apa maksudnya???  Haissh, tu la ila sape suruh ko tidur petang-petang. Kan dah mimpi pelik-pelik dan mula la rase rindu dan nak menangis.  Chill, girl !!!  Sedarkan diri dan kembali semula ke alam realiti. Semua itu tidak mungkin akan terjadi. Tidak kira walau sekerap mana dan sekuat mana pun ko rindukan orang yang telah pergi, mereka tetap tidak akan kembali semula ke dalam kehidupan kamu. Hanya mampu kamu lakukan ialah berdoa memohon kesejahteraanya di alam sana . Walau terpisah di alam nyata mohonlah pada Tuhan supaya kembali dipertemukan di alam sana yang kekal abadi dan tidak akan pernah lagi ada perpisahan.


P/s:  ok, nak stop berblogging sekarang. Nak pergi mandi, solat, dan misi seterusnya menyiapkan assigment yang tertangguh. Wahai hati, silalah kuat~


Homesick Lagi :(

Posted by Unknown at 3:08 PTG


         Homesick dan homesick lagi. Itulah perasaan seorang perantau seperti aku yang selalu merindui kampung halaman. Wahai diri,tolonglah sabar.  Lagi dua minggu je lagi . Siapkan dulu assigment, presentation dan kuiz yang masih belum selesai tu. Chayok!! Tak sabar untuk menanti detik 31 Mei ini kerana pada hari itulah aku akan balik ke kampung halaman yang tercinta. Di dalam kampung itu ada sebuah rumah dan di dalam rumah itulah kebahagiaan aku berada. 

      Ada sesuatu hal yang  ingin aku luahkan dan kongsikan dengan seseorang tetapi aku tidak mampu untuk meluahkannya. Dan seharusnya beginilah aku sejak dari dulu lagi  tidak pernah mempunyai keberanian untuk meluahkan apa-apa yang aku rasa walaupun dengan orang yang paling dekat dengan aku. Ila yang sekarang sudah hilang semangat dan sudah tidak kenal siapa dirinya   yang dulu  yang bersemangat  waja, tidak mudah menyerah dan sentiasa positif walau dalam keadaan apa sekali pun. Kemana hilangnya ila  yang dulu????

Ya Allah,

Please forgive me. I am strong on my own but, with you by my side   I am much stronger and never alone. Kumohon dengan sangat kembalikanlah kekuatanku yang dulu agar aku tidak terus hanyut dan lalai dengan hal-hal keduniaan yang bersifat sementara ini. Tetapkan kembali arah tuju hidup ini. Aku ingin sentiasa optimis dan  tersenyum walau sehebat manapun dugaan dan cabaran  yang mendatang.  Insya Allah~


   

My Second Bro Birthday

Posted by Unknown at 4:25 PG

Hai my bro  Mohd Izham Abdul Rashid yang tak hensem lagi boroi  Selamat hari lahir  yang ke dua puluh dua ye!!! Semoga panjang umur , murah rezeki dan cepat-cepat kahwin. Haha

Nilailah Aku Sesuka Hatimu

Posted by Unknown at 5:11 PG


p/s: aku hanya gadis biasa yang memerlukan hati yang LUAR BIASA, Hati yang KUAT, TEGUH , SABAR dan REDHA. Biarlah manusia menilai diri ini mengikut cara mereka  kerana yang pasti nilaian Allah jugalah  yang terbaik buat diri ini~

Bahagia oh Bahagia

Posted by Unknown at 4:51 PG


Sahabat pernah dirimu bertanya dimana bahagia itu berada??dan aku menjawab dimana-mana dan pada bila-bila masa Dia memberikannya. Dan dirimu bertanya lagi mengapa derita itu ada?? Aku menjawab kerana bahagia itu mahal harganya . Oleh itu, jadikanlah kedukaan dan kesengsaraan yang dirasa sebagai bayaran untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tidak akan ada yang mampu mendapatkan mutiara tanpa menyelam lautan dalam yang penuh bahaya itu lalu mengutip tiram terpilih didasarnya~

P/s: Bahagia itu ada dalam hatimu andai dirimu berusaha meraihnya (^-^)

Duhai Sahabat

Posted by Unknown at 4:46 PG




Duhai Sahabat,
Kadang -kala langkah kaki ini juga bengkok terpesong dari tujuan yang asal. Saya harap pada masa  itu kamu dapat menarik saya kembali ke jalan yang lurus ini. Saat saya terleka nanti, berilah peringatan kepada saya. Tolong jangan tinggalkan saya terumbang ambing saat itu tanpa pedoman. Tolong betulkan saya, tolong sedarkan saya dari terus hanyut , tolong pimpin saya menuju ke syurga bersama-sama kamu~

Jangan Bersedih

Posted by Unknown at 6:41 PTG




Dear myself,
bila kesedihan dan keperitan menerpa dirimu bisikkanlah pada hati agar tabah menghadapi. Janganlah bersedih atas perbuatan manusia kepadamu kerana Allah tahu , engkau tidak mudah jatuh disaat yang lain tersungkur. Kerana itu Allah mengujimu (^_^)

Release Tension

Posted by Unknown at 10:27 PG

     Masuk bulan Mei ni kehidupan sebagai seorang pelajar memang agak mentensionkan dan sedikit tertekan sebab time ni la assigment berlambak (keje last minute biase la. huhu), kuiz lagi, presentation lagi. Ayoyo!!! Percayalah sekarang tiada apa yang lebih membuatkan diri ini tension dalam hidup kecuali dihidangkan dengan assigment yang berlambak-lambak. Tak terkejar rasanya sampaikan tak tahu nak sentuh yang mana dulu. So, pada cuti hujung minggu yang tak ingat bila tarikhnya me and my beloved friends telah keluar jalan-jalan  untuk release tension jap. Orang kata hidup ni  jangan terlalu stress. Just cool and enjoy yourself. 







renungan tajam




so sweet

juara boling



my bff









Hepi Bezday Twin~

Posted by Unknown at 8:04 PTG

     Hari ini 9/5 hari lahir si kembar Nurul Azirah yang ke lima belas tahun dan Amirah Maheran yang ketiga belas tahun. Jap2, kembar?? Sejak bila aku ada adik kembar ni. Confuse jap!! Haissh.kembar la sangat kan. Mereka juz berkongsi tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza. So sweet kan? Save bajet sambut bezday. hihi. Emm, buat Nurul dan Maheran selamat hari lahir ye. Hadiah tunggu tahun depan. Tahun ni bajet your sister lari:P I wish semoga both of you dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik. Belajar bersungguh-sungguh  dan cabar keupayaaan diri. Buktikan pada semua yang kalian boleh berjaya dalam hidup. Percayalah tiada apa yang lebih membahagiakan hati keluarga melainkan melihat kalian berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

falling in love on facebook

Posted by Unknown at 8:14 PG

Hari ni  rasa bersemangat nak present BIUS  tentang fall in love on facebook? nak citer lebih pun  tidak ada pengalaman dalam bab ni. haha :P Hope  dapat buat yang terbaik untuk presentation hari ini. Good Luck my team!!!

Insya Allah

Posted by Unknown at 12:45 PTG


~Insya Allah~

Hubungan yang akan datang adalah  satu perhubungan yang lebih matang, lebih bersedia dan lebih bahagia dari sebelumnya. 

hari ini dalam kenangan :(

Posted by Unknown at 10:18 PG

Untuk arwah abah yang sangat dicintai dan rindui ,
Terima kasih abah kerana telah membesarkan orang selama tiga belas tahun. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah abah berikan untuk orang dan anak-anak abah yang lain. You are the best father in the world. Segala kenangan membesar bersama abah selama tiga belas tahun tidak akan pernah orang lupakan sampai bila-bila. Kenangan itu akan sentiasa kekal abadi dalam hati ini walau abah sudah tiada disisi. Orang bangga menjadi anak abah kerana walaupun abah tidak memanjakan kami adik beradik dengan harta benda yang melimpah ruah tapi abah manjakan dan kayakan kami dengan kasih sayang yang begitu luas. Tenanglah abah disana dan orang tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan abah. Maaf kerana selama ini orang gagal menjadi anak yang baik pada abah.

Ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa arwah abahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman. Berpisah kami di alam nyata, pertemukanlah kami kembali di alam sana yang kekal abadi. Amin.

Terima kasih

Posted by Unknown at 7:21 PG


Dear Someone
~Terima Kasih~

P/s: my favourite song selepas dengar buat kali pertama semasa annual dinner KKM baru-baru ini




aku tak berdaya

Posted by Unknown at 7:20 PG


Sungguh hari ni rasa betul-betul tak berdaya dan penat sangat. Penat dengan segelintir sikap manusia yang sangat hipokrit!!! Manis didepan tapi dibelakang lain pula kisahnya. Dah tak de mood untuk bercerita panjang.

Ya Allah,
HambaMu ini terlalu lemah. Maka berikanlah kekuatan agar aku bisa berlapang dada dengan insan-insan disekelilingku. Amin.



Maaf

Posted by Unknown at 7:18 PG

Inilah saya seadanya  yang penuh dengan kekurangan dan masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki dalam hidup ini. Maaf jika saya penyebab  hidup kalian bermasalah :(

hari apresiasi seni

Posted by Unknown at 7:15 PG

Dalam kepahitan pasti ada kemanisannya. Walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan ketika menjayakan Hari Apresiasi Seni dan Kecemerlangan ni, namun tetap ada kenangan yang manis untuk dikenang (^_^). Biarlah semua kenangan yang pahit dan payau tu  ditolak tepi dan yang manis sahaja ingin dikongsi dalam blog  yang tidak seberapa comel ni. hehe..


bersama su & datin syuhaiza @ mak kundur yg superb
keluarga besar hari apresiasi seni~sweetz memory




muka mengantuk..baru lepas meeting



my coursemates






Saat Jemari Menari ^_^

Posted by Unknown at 5:25 PTG


     Setiap manusia ada pelbagai sifat yang berbeza kan. Macam aku pulak aku yang jenis tidak pandai bercerita dan berkongsi segala apa yang aku rasa melalui bentuk lisan atau dalam kata lain bercerita face to face kerana aku ni agak pendiamdan pemalu  juga orangnya. Agaklah. Tetapi pada yang kenal aku dengan dekat aku ni boleh tahan peramah juga orangnya. hehe. Oleh sebab itulah makanya aku lebih suka meluahkan perasaan melalui bentuk tulisan kerana pada waktu menulis ini hati  jadi lebih jujur daripada bibir.

     Well, ni merupakan blog kedua aku setelah blog yang lama tu tidak tahu kemana menghilangnya. Maybe tuan punya blog tu jarang sangat nak ambil berat pasal blog tu menyebabkan blog tu dah lari dan merajuk entah kemana. hehe. Tapi its ok. Yang lama kita lupakan kita fokus pada benda yang baru pula. Begitulah juga kehidupan ini. Setiap perkara yang lepas biarkan berlalu. Fokus pada perkara yang mendatang pula. Perasaan pedih ditinggalkan walaupun rasa baru semalam berlaku, Alhamdulillah semakin lama aku semakin dapat melupakan. Jika dia memilih untuk bahagia dengan orang baru why not me? Tuhan janjikan bahagia untuk setiap orang. Hanya kita yang perlu berusaha mencarinya.

     Walaupun hidup single aku tetap bahagia dikelilingi oleh kawan-kawan dan keluarga yang begitu memahami. Merekalah yang selalu ada memberikan sokongan saat susah dan senang aku selama ini. Mungkin tanpa mereka aku tidak mampu bangkit dari kekecewaan ni. Ramai manusia rebah kerana cinta, aku tidak mahu jadi seperti mereka.




   Dan untuk dia yang telah melukakan hati ini thanks a lot kerana telah memberikan hati baru pada diri ini.    Kini percayalah saya lebih tabah dan bahagia dari sebelumnya. 

 I maybe got a broken heart but not a broken life and I maybe got a broken dream but not a broken future~ 

"Kini aku bangkit membuktikan yang ku tak sakit dengan segala perit yang kau berikan" (cewahh ciap nyanyi lagu kosong lagi ni ni.hehe)Semoga bahagia selalu bersama si dia dan hidup baik-baik ye (^_^)






 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei