Homesick dan homesick lagi. Itulah perasaan seorang perantau seperti aku yang selalu merindui kampung halaman. Wahai diri,tolonglah sabar. Lagi dua minggu je lagi . Siapkan dulu assigment, presentation dan kuiz yang masih belum selesai tu. Chayok!! Tak sabar untuk menanti detik 31 Mei ini kerana pada hari itulah aku akan balik ke kampung halaman yang tercinta. Di dalam kampung itu ada sebuah rumah dan di dalam rumah itulah kebahagiaan aku berada.
Ada sesuatu hal yang ingin aku luahkan dan kongsikan dengan seseorang tetapi aku tidak mampu untuk meluahkannya. Dan seharusnya beginilah aku sejak dari dulu lagi tidak pernah mempunyai keberanian untuk meluahkan apa-apa yang aku rasa walaupun dengan orang yang paling dekat dengan aku. Ila yang sekarang sudah hilang semangat dan sudah tidak kenal siapa dirinya yang dulu yang bersemangat waja, tidak mudah menyerah dan sentiasa positif walau dalam keadaan apa sekali pun. Kemana hilangnya ila yang dulu????
Ya Allah,
Please forgive me. I am strong on my own but, with you by my side I am much stronger and never alone. Kumohon dengan sangat kembalikanlah kekuatanku yang dulu agar aku tidak terus hanyut dan lalai dengan hal-hal keduniaan yang bersifat sementara ini. Tetapkan kembali arah tuju hidup ini. Aku ingin sentiasa optimis dan tersenyum walau sehebat manapun dugaan dan cabaran yang mendatang. Insya Allah~