hari ini dalam kenangan :(

Posted by Unknown at 10:18 PG

Untuk arwah abah yang sangat dicintai dan rindui ,
Terima kasih abah kerana telah membesarkan orang selama tiga belas tahun. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah abah berikan untuk orang dan anak-anak abah yang lain. You are the best father in the world. Segala kenangan membesar bersama abah selama tiga belas tahun tidak akan pernah orang lupakan sampai bila-bila. Kenangan itu akan sentiasa kekal abadi dalam hati ini walau abah sudah tiada disisi. Orang bangga menjadi anak abah kerana walaupun abah tidak memanjakan kami adik beradik dengan harta benda yang melimpah ruah tapi abah manjakan dan kayakan kami dengan kasih sayang yang begitu luas. Tenanglah abah disana dan orang tidak akan pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan abah. Maaf kerana selama ini orang gagal menjadi anak yang baik pada abah.

Ya Allah,
Engkau ampunkanlah dosa arwah abahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman. Berpisah kami di alam nyata, pertemukanlah kami kembali di alam sana yang kekal abadi. Amin.
 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei