Tahniah, The Red Warrior

Posted by Unknown at 12:05 PTG




         Firstly,  nak rakamkan ucapan tahniah berjuta-juta lemon kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan @ The Red Warrior kerana telah menjuarai Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0 semalam. Akhirnya penantian 22 tahun Kelantan terjawab juga semalam . Perghh, memang Kelantan terbaik. Love you ,The Red Warrior. Kelantan telah mencipta kemenangan menerusi jaringan penalti oleh Mohammad Ghaddar pada minit ke-58.  Apapun ,syukur Alhamdulillah di atas kemenangan itu. Semoga Kelantan dapat mengekalkan momentum yang terbaik untuk masa-masa akan datang. Insya Allah. Doa peminat sentiasa bersamamu wahai The Red Warrior. 

        Well, semalam aku tak tengok pun  perlawanan bola tu. Tetapi tengok dalam facebook semalam ramai yang post pasal kemenangan Kelantan . Jadi nak ucap tahniah juga la  pada pasukan negeriku yang tercinta  ini. Hebatnya kuasa bola yang bulat ini  kerana  telah dapat menyatukan rakyat Kelantan yang berbeza pegangan politik untuk sama-sama turun padang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negeri kelantan ini. 



gelombang merah di Stadium Bukit Jalil.

  

         Alang-alang bercakap pasal bola ni kan aku teringat pengalaman ketika aku berada di tingkatan tiga dulu pada tahun 2006. Ketika itu ada Fifa World Cup yang berlansung di Jerman. Aku ketika itu memang peminat fanatik pasukan Perancis dan sudah tentu pemain yang aku minat ialah Zinedene Zidane. Ketika world cup itu berlansung, aku pulak tinggal di asrama. Bila duduk di asrama tu faham-faham je la kan kita terikat dengan peraturan asrama yang ketat. Jadi ada jadualnya bila masa kita boleh tengok tv dan bila masa untyuk study. Demi minat punya pasal aku sanggup berjaga malam  tengok bola di bilik menonton  walaupun esok hari persekolahan, semata-mata nak tengok pasukan Perancis beraksi.  Memang semangat giler time tu .  

        Masa demam bola sepak tu  melanda seluruh dunia aku pun rajin  la beli akhbar konon-kononnya. Bukan nak baca sangat pun tetapi nak gunting dan simpan gambar-gambar yang ada Zinedene Zidane dan  tampal dalam buku buat kenangan. Ala-ala buku skrap la camtu. Aku masih ingat lagi pada malam final  pasukan Perancis bertemu dengan Itali  tu  punye la semangat malam tu berjaga kat bilik tv dalam pukul 2 pagi camtu la jika aku tak silap. Tetapi frust sangat kerana pasukan perancis kalah. Meleleh air mata ini. huhu. Keesokannya pergi sekolah mengantuk dan tertidur dalam kelas. Tak sedar diri betul. Dah la nak PMR tahun tu. Demam bola telah mengatasi demam nak exam. Alahai, memang tak patut. Yang lebih membuatkan aku kecewa  ialah di atas kontroversi yang melibatkan  Zidane dengan seorang pemain Itali , Materrazi yang membuatkan Zidane dilayang kad merah dan seterusnya dibuang padang. Peristiwa itu menjadi titik noktah penamat karier Zidane dalam dunia bola sepak antarabangsa. Setelah Zidane bersara aku pun dah tak beberapa  minat dan bersemangat nak tengok bola. Begitulah hebatnya penangan seorang makhluk bernama Zinedene Zidane ni pada aku. Cuma beberapa tahun  kebelakangan ini apabila nama Kelantan naik kembali dan menjadi perhatian dalam dunia bola sepak di Malaysia aku pun minat balik la nak  ikuti perkembangan bola sepak tanah air . Tetapi  takdelah sefanatik  seperti semasa zaman kanak-kanak ribena dulu. 

        Masa berlalu dan  minat manusia pun turut berubah. Minat kita pada sesuatu tu hanyalah bersifat bermusim sahaja. Apabila  sesuatu musim itu  berlalu, kita pun mulalah beralih arah kepada minat yang baru pula. Itulah namanya kehidupan dan tidak ada benda yang kekal di dalamnya. So, moral of the story kali ini minat  kita  pada sesuatu tu biarlah berpada-pada dan jangan sampai mengabaikan tanggungjawab kita yang lebih utama terutamanya tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. 



  
pemain favourite aku satu ketika dahulu





 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei