Soal Hati

Posted by Unknown at 2:09 PTG
  Erm, cmner nak start erk. There are the moments in your life when you meet someone and you will feel something different in your heart. Different yang camner tu hanya tuan yang empunya diri saje tahu kan3???   Eh, bercakap soal hati dan perasaan pulak  kali ini. My heart pun da start blushing more than my face ni. Malu lettew. Haha. Xpe. Jarang-jarang sekali layan perasaan. Normal la kan. Tetapi  siapalah aku ini untuk mengharapkan intan permata dan berlian sekalipun sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang pastinya wujud dimana-mana sahaja. I'm not waiting for a prince, I'm  just  waiting for the one who thinks that  I am his princess.





      Orang cakap perempuan ni kalau ada sukakan seseorang ianya adalah lebih manis jika dirahsiakan. Kenapa?? Yela, takkan perigi nak cari timba kot. Jatuh la standard. Lumrah kita sebagai seorang perempuan memang pemalu kan. Jadi, cukup dengan hanya membiarkan perasaan itu berbicara dalam hati. Cukup hanya dengan kita dan Allah sahaja yang tahu. Bimbang kalau diluahkan hanya bertepuk sebelah tangan. Dia yang kita suka  tu  belum tentu menjadi milik kita dan mungkin dah berpunya. Mana la tahu kan. Jadi, seharusnya tidak perlu berharap sangat. Biar semua tu just go with the flow.

       Bagi aku pula , aku percaya pada kuasanya takdir. Di tangan Allah segalanya mungkin. Di tanganNya juga semuanya akan baik-baik sahaja. Hati kita Allah yang punya. Hati kita juga Allah yang jaga. Jadi, biar Allah yang mengatur segalanya. Kalau ada jodoh kita dengan orang tu , adalah. Kalau tak ada jodoh pun tidak mengapa. Kita kawan je. Terima  sahaja seadanya  kerana kadang-kadang  pertemuan itu ada  tetapi jodoh kita belum pasti lagi kan.


     




         Percayalah, Andai takdir hidup bersama pasti Allah mempermudahkan jalannya. Dan jika tidak berjodoh sekalipun pastinya Allah akan menggantikan dengan seseorang yang lebih baik. Insya Allah. Tetapi jika kita tetap mengharapkanya , berdoalah.Tiada apa yang mampu menolak kuasa takdir kecuali doa ~ RASULULLAH S. A. W




 

Cerita Hati ^_* Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei