Setiap manusia ada pelbagai sifat yang berbeza kan. Macam aku pulak aku yang jenis tidak pandai bercerita dan berkongsi segala apa yang aku rasa melalui bentuk lisan atau dalam kata lain bercerita face to face kerana aku ni agak pendiamdan pemalu juga orangnya. Agaklah. Tetapi pada yang kenal aku dengan dekat aku ni boleh tahan peramah juga orangnya. hehe. Oleh sebab itulah makanya aku lebih suka meluahkan perasaan melalui bentuk tulisan kerana pada waktu menulis ini hati jadi lebih jujur daripada bibir.
Well, ni merupakan blog kedua aku setelah blog yang lama tu tidak tahu kemana menghilangnya. Maybe tuan punya blog tu jarang sangat nak ambil berat pasal blog tu menyebabkan blog tu dah lari dan merajuk entah kemana. hehe. Tapi its ok. Yang lama kita lupakan kita fokus pada benda yang baru pula. Begitulah juga kehidupan ini. Setiap perkara yang lepas biarkan berlalu. Fokus pada perkara yang mendatang pula. Perasaan pedih ditinggalkan walaupun rasa baru semalam berlaku, Alhamdulillah semakin lama aku semakin dapat melupakan. Jika dia memilih untuk bahagia dengan orang baru why not me? Tuhan janjikan bahagia untuk setiap orang. Hanya kita yang perlu berusaha mencarinya.
Walaupun hidup single aku tetap bahagia dikelilingi oleh kawan-kawan dan keluarga yang begitu memahami. Merekalah yang selalu ada memberikan sokongan saat susah dan senang aku selama ini. Mungkin tanpa mereka aku tidak mampu bangkit dari kekecewaan ni. Ramai manusia rebah kerana cinta, aku tidak mahu jadi seperti mereka.
Dan untuk dia yang telah melukakan hati ini thanks a lot kerana telah memberikan hati baru pada diri ini. Kini percayalah saya lebih tabah dan bahagia dari sebelumnya.
I maybe got a broken heart but not a broken life and I maybe got a broken dream but not a broken future~
"Kini aku bangkit membuktikan yang ku tak sakit dengan segala perit yang kau berikan" (cewahh ciap nyanyi lagu kosong lagi ni ni.hehe)Semoga bahagia selalu bersama si dia dan hidup baik-baik ye (^_^)